Wednesday, April 15, 2009

SiaPa KIta????-SEJarAH.......

KONTRAK SOSIAL>>>>>>>>>

Kita belajar sejarah tentang Malayan Union. Diperkenalkan oleh British tahun 1945. Sultan2 t/t perjanjian sama ada cara pujuk atau ugut oleh British. Diistiharkan pd 1 April 1946 . Org2 Melayu berkabung 7 hari dgn cara lilit kain putih di songkok mulai 1 - 7 April 1946 sebab Melayu dah tak ada kuasa di Tanah Melayu.

1941 - Atlantic Treaty - British bercdg untuk memerdekakan Tanah Melayu. Tan Cheng Lock tulis surat kpd Pesuruhjaya British dan mencadangkan perkara2 yg kemudiannya dijadikan asas dlm Malayan Union. Tapi tak sempat laksanakan sebab Jepun datang. Jepun memang anti China , dan ambil org2 Melayu kerja dgn Jepun. Walaupun Jepun kejam, tapi menyedarkan semangat kebangsaan dlm jiwa org Melayu.

2 minggu pemerintahan Bintang Tiga - pemimpin2 Melayu , kakitgn yg kerja dgn Jepun, penghulu2, ketua2 kampung, imam2 dibunuh.

Sejarah kata British kenalkan Malayan Union. Itu yang dinyatakan dalam buku2 sejarah. Nasib baik pd masa itu, ada Jaafar Onn, Za'ba, Panglima Bkt Gantang dll yang menyedarkan sultan2. Sultan2 baru sedar dan rasa tertipu. Dlm kongres Melayu pertama yang membincangkan isu Malayan Union, ditubuhkan United Malay Organisation (UMO). Bantahan demi bantahan dan tunjuk perasaan secara besar2an diadakan di beberapa bandar besar di tanah melayu.

Bulan Mei 1946, kongres Melayu di Istana Besar Johor Bahru, UMO ditukar kpd UMNO (Parti kebangsaan Melayu Bersatu) atas cadangan Za'ba.

Akhirnya, pd 1948, Malayan Union dibatalkan dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu.


Fasa nak capai Kemerdekaan

British akan beri kemerdekaan hanya bila Melayu dan lain2 kaum bersatu. Dlm perundingan antara kaum bukan Melayu dan Melayu, terciptalah Kontrak Sosial. Melayu berikan hak kewarganegaraan Jus Soli (warganegara automatik kepada sesiapa yg lahir di Tanah Melayu tanpa kira kaum, dan warganegara kepada semua kaum yg ada di Tanah Melayu semasa Kemerdekaan), dan kaum bukan Melayu iktiraf hak keistimewaan org Melayu (Per 153 Perlembagaan), Agama Islam sebagai agama Persekutuan (bukan agama rasmi, tapi agama Persekutuan, Per.3), Bahasa Melayu sbg Bahasa Persekutuan (Per 152), Kedaulatan Raja2 (Per 181).


Kontrak Sosial

Skrg ni, bukan Melayu pertikaikan Kontrak Sosial. Dakwa Kontrak Sosial berat sebelah. Org Melayu dpt 4, bukan Melayu dpt 1. Dikatakan KS tak lagi relevan. Cuba perhalusi dan kaji dgn mendalam.

i. Hak istimewa - disebabkan penjajahan, org Melayu ketinggalan. bukan sebab org Melayu tak pandai, tapi tak diberi peluang. Org Melayu terpaksa tinggal di kampung2. Org2 Cina tinggal di bandar. Orang India di estet2.Sekolah2 Inggeris ada di bandar besar. Sek. Melayu hanya setakat Darjah 6. Tahun 1957, baru ada SRP. TAhun 1959, baru ada SPM. TAhun 1961, baru ada STPM. Sedangkan Sekolah2 Inggeris di bandar2 dah ada sejak sblm 1900an lagi. Org bukan Melayu dah terkehadapan. Kalau dlm golf, kenalah bagi handicap pd orang yang baru nak belajar main. Jgn samakan dengan org yang dah handal main.

ii. Agama Islam - Kita tak halang org bukan Melayu peluk agama Islam.

iii. Bahasa Melayu - kita tak halang orang bukan Melayu cakap Bahasa Melayu.

iv. Raja-raja Melayu - ini adalah lambang org Melayu.


Apa yg bukan Melayu dapat:

i. Kewarganegaraan - warganegara automatik ikut prinsip JUS SOLI. Nikmati hak-hak sebagai warganegara. Tak macam Myanmar, Vietnam - org keturunan bukan dari mereka dihalau keluar bila capai kemerdekaan. Kita tak pernah halau org bukan Melayu keluar, malah diberi kerakyatan pula.

ii. Ekonomi - Orang bukan Melayu kuasai ekonomi sebab lesen2, permit import eksport, kilang2 dah diberi sejak zaman British lagi. Ada ke kita, Melayu rampas kekayaan mereka semasa Merdeka? Tak ada, sebab Per 15 Perlembagaan, tak ada sesiapa yang boleh dilucutkan hak atau dirampas hartanya kecuali mengikut undang2. Mereka nak sorok barang, nak naikkan harga barang, nak sekat barang, Melayu boleh buat apa? Bila Kerajaan bg projek pd org Melayu, orang bukan Melayu dakwa kita bagi kroni UMNO, dan sebahagian Melayu pun sokong cakap orang bukan Melayu. Bagi projek kat org bukan Melayu, tak pulak timbul isu.

iii. Sekolah2 Kebangsaan - Kerajaan tak hapuskan sekolah2 Jenis Kebangsaan Cina atau Tamil. Ada sekolah2 yg bahasa penghantarnya bahasa Mandarin dan bahasa Tamil.

iv. Kebebasan beragama - Kerajaan tak halang kebebasan beragama. Cuma tak boleh berdakwah agama lain kpd org2 Islam.

v. Kebudayaan - Kerajaan tak pun halang kaum lain mengamalkan kebudayaan masing2.

vi. Perkhidmatan awam - kuota 3 Melayu 1 bukan Melayu. Yg bukan Melayu, cuma nak jawatan pegawai. Jawatan rendah tak mau. Sykt bukan Melayu - syarat nak kerja mesti fasih berbahasa selain bahasa Melayu/Inggeris. Berapa kerat org Melayu fasih bahasa lain? Kalau kerja pun, gaji beza. Naik pangkat pun keutamaan pd org tertentu.


Yang sedihnya, bila bukan Melayu kata Kontrak Sosial tak lagi relevan, org Melayu pun ramai yang sokong.

Apakah ini bermaksud orang Melayu hanya mempertahankan hak sendiri atau mempertikaikan hak orang lain?

Rambut sama hitam.. hati lain-lain.. Siapakah yang mencetuskan isu perbalahan sesama kaum? Tepuk dada tanya diri sendiri.. tak sakit ka duk tepuk dada sendiri?

Bukan niat mempersoalkan tetapi sekadar mengingatkan kesejahteraan dan kemakmuran hasil dari kesepakatan dan perpaduan seluruh kaum yang menetap di Malaysia.. Jangan marakkan api kebencian.. jangan marakkan pertikaian yang sememangnya menjadi tunjang sekian lama perpaduan kaum di Malaysia.. Berat sama dipikul.. ringan sama dijinjing... Malaysia tetap hak Melayu yang gembira berkongsi kemakmuran dan kesejahteraan bersama kaum yang lain..

0 comments: