Thursday, July 30, 2009

UPSI Sediakan Bas Untuk Pulang Ke kampung

UPSI - (H1N1) Gara-gara tiket bas dan kereta api untuk pulang ke kampung yang tidak mencukupi, pihak UPSI telah mengambil langkah untuk menyediakan bas percuma kepada pelajar yang hendak pulang ke kampung.

Perkhidmatan bas yang disediakan ini, akan bergerak ke semua destinasi di pantai timur, utara dan selatan.Perkhidmatan ini jelas menunjukkan keprihatinan pihak universiti terhadap semua mahasiswa dan harus dihargai.

Pendaftaran bagi perkhidmatan bas ini telah dimulakan sejak semalam dan disambung pada pagi ini.Kolej Za'ba dan Kolej Harun Aminurrashid telah dipilih sebagai tempat untuk pendaftaran perkhidmatan bas ini.

Cuti Semester UPSI bermula Awal

UPSI - (H1N1) Kesan daripada penularan wabak H1N1, pihak pentadbiran universiti telah mengambil langkah untuk membernarkan semua pelajarnya untuk pulang bercuti awal.

Cuti semeseter, yang dijadual bermula 15 Ogos 2009 - 23 Ogos 2009 telah diawalkan kepada 1 Ogos 2009 hingga 9 Ogos 2009.Namun pada kuliah pada tarikh bagi 29-31 Julai 2009 yang telah dibatalkan wajib digantikan kembali oleh semua pensyarah.

Diharap, semua pelajar menerima keputusan yang telah dikeluarkan dengan hati yang terbuka terutamanya mahasiswa dari Sabah dan Serawak.Tidak kurang juga dengan mahasiswa yang pulang ke kampung halaman supaya sentiasa berjaga-jaga dengan tahap kesihatan masing-masing.

Sekiranya terdapat simpton-simpton semasa berada di kampung, sila terus berhubung dengan pihak hospital berdekatan.

H1N1, Pelajar Dibenar Pulang

UPSI - (H1N1) Setelah dikejutkan dengan beberapa penemuan wabak di UPSI.Pihak pentadbiran universiti telah mengadakan perbincangan mengenai keadaan terkini di UPSI dan langkah-langkah pencegahan bagi menghalang penularan wabak H1N1.

Hasil daripada pertemuan ini, kata sepakat telah dapat dicapai dimana semua pelajar yang sihat dibenar pulang ke rumah tetapi perlu mengisi satu borang pengakuan yang menyatakan mereka dalam keadaan sihat.

Manakala, pelajar yang menjadi suspek untuk virus H1N1 ini tidak dibenarkan pulang melainkan mendapat kebenaran dan diambil oleh ibu bapa masing-masing.Bagi pelajar borneo (sabah/serawak), mereka yang tidak pulang ke kampung pada kali ini akan turut sama dikuaratinkan.

Untuk makluman semua, makanan disediakan bagi semua pelajar yang dikuaratinkan dan ianya merupakan salah satu cara untuk mengelakkan virus ini terus menular.

Wednesday, July 29, 2009

UPSI dikuarantin dalam jangkamasa 3 hari

UPSI - (H1N1) Tepat jam 12 malam, beberapa pengumuman telah dibuat terutamanya mengenainya status bermulanya pengkuaratinan mahasiswa yang disyaki mempunyai simpton-simpton H1N1.Pengumuman ini telah dibuat di setiap kolej-kolej kediaman bagi memaklumkan kepada semua mahasiswa tentang tempoh kuaratin kali ini.

Namun apa yang merisaukan para mahasiswa ialah penularan wabak ini.Meskipun beberapa langkah pencegahan telah diambil namun ianya telah menjadi perbualan hangat bagi setiap mahasiswa.Bermula esok, semua kelas dan tutorial dibatalkan secara automatik.

Para mahasiswa yang menginap di kolej Kediaman Aminuddin Baki dan Kolej Za'ba tidak dibenarkan keluar daripada kawasan kolej dan perkhidmatan bas dikatakan akan dihentikan serta merta bagi mencegah penularan wabak H1n1.Selain itu mahasiswa juga tidak dibenarkan pulang ke rumah mahupun dijemput pulang ke rumah oleh ibubapa masing-masing.

Menurut seorang mahasiswa yang hanya mahu dikenali sebagai Khaizar, memberitahu bahawa beberapa hari sebelum tempoh kuarantin dimumkan, ramai diantara kawan-kawanya telah mengalami beberapa simptom-simpton terutamanya seperti demam, batuk-batuk,selesema dan lemah-lemah badan.Namun hal ini telah di pandang remeh oleh beberapa mahasiswa yang mengalami masalah ini.Ini mungkin merupakan salah satu faktor yang telah menjurus kepada masalah ini.

Dengan bermulanya tarikh bagi tempoh kuarantin ini, maka bermulalah tempoh untuk mahasiswa untuk mematuhi segala arahan yang dikeluarkan bagi memastikan usaha pencegahan berjalan lancar.

Thursday, July 23, 2009

Penantian Yang Menghampakan Buat Mahasiswa KAB Dan KZ

UPSI - (ISU SEMASA)Mahasiswa di Kolej Aminuddin Baki dan Kolej Za'ba terus dihinggapi masalah yang sama seperti sebelum-sebelum ini.Masalah yang menjadi rungutan pelajar di KAB dan KZ merupakan masalah yang menjadi keperluan utama pelajar iaitu masalah bas.

Sudah 3 minggu kuliah berlalu namun masalah bas ini terus menbebankan mahasiswa di KAB dan KZ.Perkhidmatan yang diberikan pada kali ini berbeza daripada semester lepas.

Semester lepas, masalah bas ini telah berjaya diselesaikan dengan kerjasama MPP dan pihak JHEPA.Namun pada kali ini, adakah masalah bas ini akan diselesaikan dalam masa terdekat ini??.

Memang tidak dinafikan bahawa, pertambahan pelajar dan pembahagian bas ke proton city merupakan satu sebab berlakunya masalah ini.Tapi diharap, perancangan untuk mengatasis masalah ini dapat dilaksanakan dengan segera.

Mahasiswa/wi banyak membuat rungutan mengenai masalah ini.Namun apakan daya, ianya melibatkan intitusi pentadbiran dan juga penyedia perkhidmatan.Upsi bloggers bukan hendak menghentam mana-mana pihak tetapi hanya untuk berkongsi dan meluahkan masalah yang melanda mahasiswa KAB & KZ.

Masalah perkhidmatan bas ini wajar diselesaikan dengan berkesan semoga para pelajar dapat menikmati keselesaan.Terbaru, mahasiswa terpaksa menunggu selama hampir 3o minit- 1 jam untuk menaiki bas terutamanya perjalanan dari kampus ke KAB dan KZ.Ini disebabkan mahasiswa terpakasa mununggu dan berpusu-pusu untuk berebut tempat di dalam bas.


MOhon supaya masalah ini dapat diselesaikan dengan segera.Sekali lagi upsi bloggers ingin tegaskan bahawa, maklumat yang disampaikan ini merupakan renungan bersama dan sebarang tindakan yang diambil oleh pihak yang berkenaan amatlah dihargai.


"Kebajikan Pelajar, Tanggungjawab Bersama"

Sunday, July 12, 2009

Apabila Penempatan tidak selaras dengan pengambilan

UPSI - (ISU SEMASA) Sudah hampir seminggu mahasiswa/wi UPSI memulakan kuliah masing-masing.Memang tidak dapat dinafikan bahawa minggu pertama dan minggu kedua merupakan antara minggu yang paling sibuk buat mahasiswa.

Ini jelas sekali kelihatan di setiap fakulti-fakulti di UPSI dan tidak kurang juga di Pejabat Bahagian Akademik dan Juga Jabatan Bendahari.Masing-masing mahu menyempurnakan agenda mereka dengan cepat kerana kekangan masa yang diberikan terlalu singkat.

Antara perkara yang menjadi rutin agenda para mahasiswa adalah penambahan/penguguran kursus, masalah kewangan, masalah kolej dan sebagainya.

Namun bukan perkara ini yang menjadi isu utama yang ingin upsi bloggers tampilkan adalah mengenai pengambilan pelajar baru-baru ini.Seperti yang kita sedia maklum pengambilan pelajar yang terlalu ramai kali ini telah menyebabkan penempatan baru telah dibuka khusus untuk pelajar DPLI.

Pada masa yang sama juga kita juga dapat melihat beberapa bas persiaran baru mula menjadi transit pengangkutan bagi warga UPSI.Penambahan bas baru ini mungkin sebagai inisiatif bagi menampung para mahasiswa yang makin bertambah.

Alternatif yang diambil ini adalah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.Namun apa yang menjadi masalah adalah mengenai kuantiti dan jadual pergerakan yang mungkin perlu dikemaskini kembali.

Selain itu, aspek keselamatan pelajar terutamanya di Proton City bagi pelajar DPLI harus juga dititikberatkan.Kawasan penempatan tersebut merupakan kawasan baru dan memerlukan lebih sedikit pengawasan memandangkan kita sedia maklum bahawa kawasan tersebut dipenuhi dengan warga asing.

Diharap perhatian yang serius dapat diambil untuk mengatasi masalah ini."Mencegah lebih baik dari mengubati"

Sunday, July 5, 2009

PTPTN dijangka dikreditkan Esok & Lusa (6/07/2009 - 7/07/2009))

UPSI -(PTPTN)Buat pengetahuan semua mahasiswa, wang PTPTN dijangka akan mula dikreditkan pasal esok hari.Justeru semua mahasiswa bolehlah melakukan semakan kemasukan wang selepas jam 12 tengahari esok.

Menurut maklumat yang boleh dipercayai, wang PTPTN sebenarnya dijangka masuk pada 4 Julai 2009 (sabtu), namun hari berikut merupakan hari tidak bekerja bagi sesetengan jabatan dan badan.

Sehubungan dengan itu, wang PTPTN tersebut akan dikreditkan pada esok hari.harap maklum.

Semester Baru (09/10) Bermula Esok (6 Julai 2009)

UPSI - (INFO TERKINI) Mulai esok (06/07/2009), semua mahasiswa UPSI akan memulakan hari pertama kuliah bagi semester ini.Sepanjang awal bulan 7 ini, rata-rata mahasiswa mula memenuhi sekitar Tg malim dengan tujuan berbeza.Walau apapun, matlamat mereka yang utama adalah untuk meneruskan semester baru.

Ada diantara mahasiswa datang awal untuk menyiapkan tesis, menyiapkan gerakkerja perancangan program, tiket bas habis dan sebagainya.Walau apapun alasan mahasiswa ini untuk datang awal, namun ini bukanlah satu penghalang untuk semua mahasiswa ini meneruskan usaha untuk meningkatkan softskill sebagai persediaan untuk bergelar sebagai seorang pendidik

Dengan bermulanya semester baru ini, sudah pasti setiap mahasiswa ini menanamkan azam baru di awal semester.Dan apabila bercakap mengenai kecemerlangan, jelas semua ini terpancar di dalam jiwa setiap mahasiswa.

Pada kesempatan ini Upsi Blogger mengucapkan selamat meneruskan semester baru dan jadikan semester baru ini sebagai penerus kepada kesinambungan kejayaan semua Mahasiswa.

Thursday, July 2, 2009

Perjalanan Pendaftran DPLI Berjalan Lancar

UPSI - (MSK UNIVERSITI)Pendaftaran Pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah yang berlangsung hari ini (2/07/2009) berjalan dengan lancar walaupun terdapat beberapa kekangan masalah yang tidak boleh dielakkan.Keadaan cuaca banyak memainkan peranan terutamanya semasa hari pendaftaran pelajar.Namun ianya bukanlah alasan konkrit yang boleh dinyatakan oleh mana-mana pihak.

Pihak SMS yang mengendalikan MSK kali ini telah bersiap sedia dengan apa jua keadaan yang berlaku terutamanya dari perubahan tentatif mahupun pertukaran masa kerana semua itu dianggap normal dalam satu-satu program.

Namun, beberapa kritikan yang dinyatakan di dalam sesetengah blog mengenai MSK kali ini haruslah ditapis kerana mengktitik merupakan satu kaedah untuk memperbetulkan tetapi sebarang kritikan yang dinyatakan haruslah di selitkan bersama langkah atau usaha untuk mengatasi masalah itu.

Diharap kepada semua mahasiswa yang aktif mengikuti perkembangan blog supaya mengkaji setiap informasi yang diterima dari setiap blog dan bukan hanya menerima sebarang berita yang dinyatakan secara bulat-bulat.

Sunday, June 28, 2009

Kekeliruan Semasa Pendaftaran

UPSI - (MSK UNIVERSITI) Beberapa kekeliruan telah timbul semasa hari pendaftaran berlangsung seperti yang dinyatakan dalam post upsi bloggers sebelum ini.Sejumlah pelajar yang sepatutnya menginap di kolej lain telah mendaftar di kolej lain.

Hal ini telah menyebabkan beberapa rungutan daripada ibu bapa pelajar telah di terima.Masing-masing terkejut setelah mengetahui bahawa anak mereka mendaftar di kolej berkenaan tetapi terpaksa menginap di kolej lain.

Kekeliruan ini timbul diantara pelajar yang mendaftar di Kolej Harun Aminurrashid tetapi sepatutnya menginap di kolej Proton city.Walau apappun yang berlaku diharap perjalanan Minggu suai kali ini akan berlangsung dengan baik.

Kepada semua Sekretariat Minggu suai kenal, teruskan usaha anda untuk menguruskan MSK kali ini.Anda semua mampu melakukannya.

Selamat Datang Kepada Semua Mahasiswa Baru

UPSI - (MSK UNIVERSITI) Hari ini bermulalah proses pendaftaran pelajar baru sesi Julai 09/10 di Kolej Za'ba dan juga Kolej Harun Aminurrashid.Perjalanan pendaftaran pelajar pada kali ini dilihat berlaku dengan licin namun terdapat sedikit kekeliruan berlaku terutamanuya dari segi tempat pendaftaran.Namun ini bukanlah halangan untuk mahasiswa baru ini untuk mendaftarkan diri di Kolej-kolej Kediaman.

Sejak semalam, ramai diantara ibu-bapa telah tiba di Tanjong Malim untuk menghadiri sesi pendaftaran pada hari ini.Apa yang jelas sekali dilihat ialah tempat menginap ibu-bapa dan pelajar yang datang awal.Ada diantara ibu bapa telah mengambil langkah untuk bermalam di masjid sekitar Tanjong Malim.

Kepada semua mahasiswa baru yang mendaftar,selamat datang diucapkan kepada anda semua.Moga-moga kehadiran anda dapat memajaukan dan membangunkan UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Friday, June 26, 2009

Komitmen SMS bukti Keikhlasan Bantu Universiti

UPSI - (MSK UNIVERSITI)Setelah hampir 2 minggu melakukan gerak kerja, Sekretariat Minggu Suaikenal atau SMS pada minggu ini telah meninjau tempat-tempat berlangsungnya minggu suaikenal nanti.Hal ini dilakukan bagi menbantu para SMS untuk cuba menbayangkan hari sebenar terutamanya semasa MSK berlangsung.Berbagai aspek juga turut dititikberatkan terutamanya dari segi kebajikan pelajar dan juga dari sudut kerohanian.

Walaupun terpaksa menghabiskan cuti lebih awal berbanding pelajar lain, Sekretariat minggu suaikenal ini tetap mememberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan minggu suaikenal.Hal ini diakui seorang mahasiswa yang baru menyertai Minggu suaikenal ini kali pertama.Menurut beliau, sepanjang pelaksanaan Bengkel Minggu Suaikenal ini, mereka telah didedahkan dengan banyak input baru yang jelas mereka tidak akan dapat semua ini di dalam dewan kuliah.Corak pengurusan dan pelaksnaan minggu suaikenal juga merupakan salah satu platform untuk mereka terus menbantu pihak universiti terutamanya dalam melaksanakan program-program universiti.

Pesanan dari UPSI BLOGGERS kepada semua Sekretarat Minggu Suaikenal @ SMS, teruskan berusaha untuk membuat yang terbaik untuk minggu suai kenal ini.Jasa dan bakti anda semua merupakan satu pengorbanan yang beharga buat universiti.Teruskan mencipta kejayaan semasa MSK.Buktikan anda yang terbaik.

"Tingkatkan Prestasi, Kurangkan Kontroversi"

Sunday, June 21, 2009

Bilakah PTPTN aKan Dikreditkan ke akaun Pelajar??

UPSI - (PTPTN) Menjelang minggu-minggu terakhir cuti semester, ramai mahasiswa tertanya-tanya bilakah agaknya wang PTPTN akan dikreditkan ke dalam akaun pelajar.Jelas sekali wang PTPTN ini amat penting bagi semua mahasiswa terutamanya untuk perbelanjaan semasa awal semester.Ramai diantara mahasiswa tertunggu-tunggu bilakah agaknya wang PTPTN ini akan dikreditkan ke akaun bank mereka.Ini berikutan kerana, pada semester ini keputusan peperiksaan akhir dikeluarkan lebih awal sedikit berbanding semester-semester yang lepas.Ini mendorong para mahasiswa untuk menganggap bahawa wang PTPTN akan dimasukkan lebih awal berbanding semester lepas.Harapan upsi blogger agar wang PTPTN ini dimasukkan lebih awal untuk menbantu kewangan mahasiswa.Kepada semua mahasiswa/wi, diharap anda semua bersabar menunggu kemasukkan PTPTN ini.Sebarang maklumat mengenai kemasukkan PTPTN akan di postkn segera di blog UPSI BLOGGERS UNITED.


Pada kali ni juga pihak upsi blogggers juga mahu mengucapkan terima kasih kepada pihak PTPTN kerana telah mengambil langkah pembayaran balik Wang Pendahuluan Pelajar (WPP) secara beransur-ansur.Terima kasih PTPTN.

Bayaran WPP PTPTN secara Ansuran

UPSI - (INFORMASI)

Bayaran Balik Pendahuluan PTPTN Dibuat Secara Ansuran

JOHOR BAHARU, 13 Jun (Bernama) -- Kementerian Pengajian Tinggi memutuskan untuk membuat pemotongan bayaran balik wang pendahuluan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjumlah RM1,500 secara ansuran berbanding sekaligus sebelum ini.

Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata bayaran balik itu akan dibuat menerusi tiga peringkat, bermula dengan kemasukan pelajar sesi Julai ini.

"Bayaran sebanyak RM500 kini akan ditolak daripada jumlah pinjaman setiap semester berbanding tahun-tahun sebelumnya iaitu bayaran RM1,500 sekaligus menerusi pemotongan pada semasa semester kedua," katanya selepas menyampaikan wang pendahuluan pinjaman PTPTN Parlimen Pasir Gudang di Politeknik Johor Baharu, di sini Sabtu.

Seramai 196 pelajar dari kawasan itu yang mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam menerima wang pendahuluan pinjaman sejumlah RM1,500 seorang.

Wang itu diberikan kepada mereka yang layak berdasarkan jumlah pendapatan bulan ibu bapa kurang daripada RM3,000.

Mohamed Khaled yang juga anggota Parlimen Pasir Gudang berkata bayaran balik tiga peringkat itu diharap dapat melegakan beban pelajar pada semester kedua selain dalam masa yang sama dapat menumpukan pelajaran tanpa memikirkan soal masalah kewangan.

Dalam pada itu, beliau berkata PTPTN sehingga 30 April lepas, hanya memperoleh kutipan balik berjumlah RM1.027 bilion daripada para peminjamnya berbanding RM2.1 bilion yang sepatutnya, berdasarkan perkiraan tarih berkenaan.

Beliau berkata sehingga kini PTPTN pula telah mengeluarkan pinjaman berjumlah RM18.7 bilion kepada 1.3 juta penuntut institusi pengajian tinggi awam dan swasta, politeknik dan kolej komuniti di seluruh negara.

-- BERNAMA

Thursday, June 18, 2009

Misi SMS bermula 16 Jun 2009

UPSI - (MSK UNIVERSITI) Rata-rata mahasiswa masih tertanya-tanya apa yang dimaksudkan dengan perkataan SMS menjelang hari-hari untuk kemasukan pelajar baru.Pada kali ini pihak SMS atau nama sebenarnya Sekretariat Minggu Suaikenal(SMS) akan dipertanggungjawabkan untuk menguruskan pelajar baru.Pendaftaran mahasiswa yang terlibat dengan minggu suaikenal ini berlangsung di Kolej Ungku Omar.Sekretariat yang menguruskan MSK terdiri daripada mahasiswa dari setiap semester.Tidak kurang juga, pihak Jawatankuasa Mahasiswa Kolej dari setiap kolej juga turut menghantar 10 orang wakil JMK untuk menbantu menguruskan minggu Suai kenal ini.Semangat dan pengorbanan yang ditunjukkan oleh mahasiswa yang sanggup menghabiskan cuti mereka sepatutnya dihargai kerana mereka sanggup berbakti kepada pihak universiti.Dengan persefahaman yang dibentuk ini dapat menbentuk persefahaman antara pihak pentadbirane dan juga mahasiswa.Buat masa sekarang, mahasiswa yang akan menguruskan minggu suaikenal ini sedang mengikuti bengkel MSK yang diadakan di kolej Ungku Omar.Kepada semua SMS yang menguruskan minggu suai kenal, selamat berbengkel dan menimba pengalaman baru terutama dalam segi pengurusan program universiti.

Monday, June 15, 2009

Jadual Kuliah Boleh disemak Mulai 1 Julai

UPSI - Untuk pengetahuan semua mahasiswa/i anda semua boleh menyemak jadual kuliah anda mulai 1 Julai 2009.Anda semua dinasihatkan mencetak terus jadual kuliah kerana pendaftaran fakulti tidak akan dijalankan pada hari pertama.Diharap semua mahasiswa/i sedia maklum mengenai hal ini.Kuliah akan bermula pada 6 Julai 2009 dan Kehadiran kuliah akan dipantau oleh Bahagian Akademik.Harap Maklum.

Tuesday, June 9, 2009

Tawaran Biasiswa KPT Untuk Mahasiswa

Tg. Malim-Buat pengetahuan semua mahasiswa/i, mulai 9-29 Jun 2009 pihak Kementerian Pengajian Tinggi menawarkan biasiswa kepada mana2 mahasiswa yang berkelayakan..Disini upsi blogger meletakkan sedikit maklumat mengenai biasiswa tersebut dibawah untuk rujukan mahasiswa

BIASISWA SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR TEKNIKAL (SLTP) PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA DALAM NEGARA

Program Biasiswa Skim Latihan Tenaga Pengajar Teknikal (SLTP) yang diuruskan oleh Bahagian Biasiswa, Kementerian Pengajian Tinggi adalah satu program bagi menyediakan bekalan tenaga pengajar terlatih untuk berkhidmat di Politeknik dan Kolej Komuniti.

Tawaran ini dibuka kepada pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Tempatan, UTP, MMU dan UNITEN sahaja.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BIASISWA SLTP DI DALAM NEGARA ( Tawaran dibuka sekali setahun sahaja) :

  1. Tawaran hanya sah kepada Warganegara Malaysia sahaja;

  2. Telah mendapat tawaran untuk mengikuti program Ijazah Sarjana Muda di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Tempatan;

  3. Sekurang-kurangnya mempunyai baki pengajian 2 tahun dan ke atas;

  4. Berumur tidak melebihi 25 tahun pada 01 Januari 2010 ;

  5. Mendapat PNGK sekurang-kurangnya 2.75 dan ke atas di peringkat Diploma/Matrikulasi/Asasi/STPM ;

  6. Belum mendapat penajaan biasiswa/pinjaman dari mana-mana penaja lain ;

  7. Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM ;

  8. Mendapat sekurang-kurangnya Band 3 dalam peperiksaan MUET ;

  9. Aktif dalam kegiatan kokurikulum serta aktiviti kemasyarakatan ; dan

  10. Mempunyai minat dan kecenderungan untuk berkhidmat sebagai pendidik

untuk maklumat lanjut sila klik sini

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :

UNIT BIASISWA
BAHAGIAN BIASISWA
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
ARAS 4, BLOK 1, MENARA PjH,
PRESINT 2
62100 PUTRAJAYA

( u.p. : Cik Zanariah / Encik Zulfadli / Cik Siti Bahirah )

Tel. : 03-8884 4600 / 4678 / 200
Faks : 03-8884 4701
E-mel : bspra@mohe.gov.my
zanaz@mohe.gov.my
zulfadli@mohe.gov.my

Keputusan Peperiksaan Akhir Semester Lebih Awal dikeluarkan kali ini

Tg. Malim- Keputusan peperiksaan akhir pada semester kali ini amat mengejutkan semua mahasiswa kerana dikeluarkan lebih awal berbanding semester2 sebelum ini.Hal ini jelas menunjukkan bahawa usaha yang berterusan dan mantap dari pihak pengurusan universiti jelas menbuahkan hasil.Tahniah diucapkan kepada pihak Akademik UPSI kerana telah meningkatkan mutu kerja terutamanya dalam mengeluarkan keputusan akhir semester ini lebih awal.Dengan bermulanya hasil kali ini diharap pihak universiti terutamanya di bahagian akademik dapat terus untuk menjadikan ianya sebagai satu tradisi.Sebelum terlambat, upsi bloggers kali ini ingin mengucapkan tahniah kepada mahasiswa/i yang telah mencapai keputusan cemerlang untuk peperiksaan akhir kali ini.Tidak lupa juga kepada mahasiswa/i yang belum mencapai target, jangan berputus asa dan terus berusaha demi mengejar mengejar kecemerlangan akademik dan pembangunan diri.

"Tingkatkan Prestasi, Kurangkan Kontroversi"

Tuesday, June 2, 2009

Gerak Kerja JMK bermula Jun ini

Tg malim -Jawatankuasa Mahasiswa Kolej-kolej kediaman memulakan gerak kerja bermula awal jun ini.Sejak semalam kelihatan beberapa kelibat JMK yang nyata baru sampai dari kampung halaman di stesen bas dan juga kereta api.Hal ini jelas menunjukkan komitmen yang ditunjukkan oleh JMK untuk berkhidmat kepada warga2 kolej untuk semester ini dan semester hadapan.Menurut kata seorang JMK, mereka telah diarahkan oleh YDP mereka untuk meneruskan gerak kerja program2 yang akan dilakukan semester hadapaan lebih dikenali dengn walaupun ada diantara mereka yang baru selesai menjalani Rancangan Orientasi Sekolah atau ROS.Selain itu, mereka juga akan di beri pendedahan tentang pengurusan dan pengendalian program bagi memantapkan program-program mereka pada semester hadapan.Memang diakui pihak JMK telah banyak menyumbang khidmat bakti kepada warga kolej terutamanya tentang aspek penganjuran aktiviti di kolej kediaman masing-masing.Diharap dengan bermulanya gerak kerja ini pihak JMK akan lebih terus bersedia untuk berkhidmat dengan seikhlas hati, disamping meningkatkan softskill mereka.Kepada semua JMK perjuangan anda semua telah bermula, upsi bloggers mengucapkan semoga terus cemerlang di dalam organisasi JMK dan bersama2lah anda dalam memajukan dan menaikan nama Universiti Pendidikan Sultan Idris di peringkat nasiaonal dan juga antarabangsa.

Thursday, May 28, 2009

Widget UPSI event Untuk Semua

Untuk memudahkan lagi semua mahasiswa UPSI memperoleh maklumat terkini mengenai sebarang pegumuman yang dibuat oleh mana2 bahagian atau jabatan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Upsi blogger mengambil inisiatif memperkenalkan UPSI EVENT widget untuk semua mahasiswa UPSI.Diharap dengan wujudnya widget ini makluman terbaru akan mudah untuk didapati tanpa perlu klik pada2 mana bahagian di website UPSI



p/s:Untuk mengubah bentuk kepada saiz yang anda kehendaki, anda boleh terus ke klik pada bahagian dibawah dibawah untuk mengubahnya

THE LATEST UPSI EVENT

Wednesday, May 27, 2009

Xfresh fm Sedia Platform Terbaik Untuk Generasi Muda Terutamanya Kepada Mahasiswa

Evolusi penyiaran di Malaysia kini bertambah maju terutamaya dalam penyediaan bahan unttuk disiarkan kepada masyarakat Malaysia.Perkara ini dikuatkan lagi dengan wujudnya persaingan sihat antara syarikat2 yang bertanggungjawab dalam industri penyiaran negara.Namun pada kali ini UPSI blogger tertarik dengan langkah yang diambil oleh kementerian belia dan sukan dengan kerjasama radio XFresh fm dalam usaha untuk mendekati para remaja di Malaysia.Penyediaan beberapa rancangan yang berkaitan remaja di dalam jadual radio Xfresh Fm jelas menunjukkn kerajaan kita telah mengambil langkah terbaik untuk terus berhubung dengan para remaja di Malaysia.





Luahkanlah pendapat anda mengenai apa sahaja dalam Zon Debat X bersama jox XFM setiap hari Isnin dari jam 9 malam hingga 10 malam. Inilah peluang anda untuk memberi pendapat mengenai isu-isu yang penting untuk anda seperti sistem pendidikan, dunia sukan, masalah sosial, cabaran yang dihadapi, pengalaman yang boleh diambil iktibar, risiko atau faedah sesuatu aktiviti, cadangan-cadangan yang dianggap bernas dan sebagainya.

Pusat ICT UPSI terus gemilang memartabatkan Universiti

Pada kali ini upsi blogger mahu merakamkan sekalung ucapan terima kasih kepada semua warga kerja pusat ICT upsi yang giat melakukan pelbagai aktiviti di peringkat universiti bagi mempertingkatkan kebolehan kepakaran penguna turutamanya warga upsi sendiri.Berdasarkan pencapaiaan dan kerja keras dari seluruh warga ICT upsi, harapan untuk menjadikan UPSI sebagai e-university adalah tidak mustahil dan boleh direalisasikan dan seterusnya menjadikannya sebagai trademark UPSI.Tahniah buat semua warga ict upsi.

Disini upsi blogger melampirkan beberapa iklan program yang dianjurkan oleh pusat ict UPSI.


Tuesday, May 26, 2009

Dinamisme Mahasiswa 3

Dinamisme Mahasiswa 3 ini merupakan slot video terakhir yang membincangkan mengenai isu mahasiswa.Pada kali ini video ini akan membincangkan peranan mahasiswa dalam masyarakat tertamanya dalam memperjuangan kebajikan komuniti.pastikan anda menghayati video ini.Suara mahasiswa adalah suara intelek negara, dan itulah anda.upsi bloggers berharap agar kita semua mengambil iktibar dari video ini demi memartabatkan jati diri mahasiswa terutamanya pada masyarakat negara.



Justeru mahasiswa2 sekalian marilah bersama2 kita memenuhi ilmu di dada kita demi meningkatkan martabat mahasiswa dalam usaha memajukan negara kita yang tercinta.

Monday, May 25, 2009

Dinamisme Mahasiswa 2

Ikuti sambungan video rentetan mengenai Dinamisme Mahasiswa.Pada kali ini pihak Upsibloggers menbawakan video ini yang berkonsepkan mahasiswa terutamanya mengenai nilai tambah mahasiswa.Siapakah yang sebenarnya yang diperlukan mahasiswa terutamanya dalam membantu untuk merealisasikan aspirasi dan inspirasi negara.Hayatilah video ini..



Renung2kanlah diri anda wahai mahasiswa, bangkitlah dari mimpi, tonjolkanlah kredibiliti anda sebagai seorang mahasiswa.

p/s: video seterusnya akan dibawakan pada masa akan datang

Saturday, May 23, 2009

Dinamisme Mahasiswa 1 (renungan buat mahasiswa)

Pada kali ini upsi blogger tertarik dengan beberapa slot video yang berkaitan mahasiswa.Dinamise mahasiswa merupakan antara idea yang paling releven untuk kita hayati bersama2.Untuk slot kali ini marilah kita saksikan dinamisme mahasiswa 1.



Hayatilah video kali ini.Jangan mempersoalkn apa sumbangan negara pada anda tapi persoalkan apa sumbangan kita kepada negara.Sebagai golongan terpelajar dan intelaek, kita merupakan harapan negara.Sumbanglah jasa kepada negara dan jadilah warganegara yang berguna kepada negara.Upsiblogger berharapa agar semua mahasiswa menanamkan azam dalam diri untuk terus berbakti kepada negara tercipta.

p/s : video slot kedua akan muncul pada post akan datang

Friday, May 22, 2009

Pemerhati Bebas & UPSI ( Persoalan & Jawapan)

Surat terbuka untuk UPSI

Masalah bilik kuliah yang tidak cukup di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak, didedahkan akhbar baru-baru ini. Langkah UPSI menyewa rumah kedai sebagai bilik kuliah universiti bukanlah satu fenomena baru. Universiti Teknologi MARA (UiTM) misalnya, juga berbuat demikian kerana tidak mampu menampung pertambahan pelajar. Tetapi tidak ada pula kedengaran rungutan di akhbar daripada pihak pengurusan tertinggi institusi berkenaan atau institusi pengajian tinggi awam (IPTA) lain yang menghadapi masalah sama.

Proses pembinaan kampus baru UPSI di Proton City sedang berjalan walaupun agak sedikit lembab akibat krisis ekonomi yang melanda seluruh dunia.

Justeru UPSI wajar bersabar dan tidak menyalahkan kerajaan. Bagaimana pula dengan masalah kelewatan pembinaan bangunan Komplek e-Learning di Kampus Induk UPSI yang dipantau sendiri oleh pihak UPSI? Bangunan yang sepatutnya siap pada bulan Disember 2008 sehingga kini masih belum siap.

Masalah bilik kuliah yang kurang selesa di UPSI dapat dikurangkan sekiranya pihak pengurusan tertinggi lebih bijak membuat perancangan. Satu ketika, terdapat banyak bilik kuliah yang selesa di Bangunan Canselori, UPSI.

Kini, kesemua bilik kuliah tersebut telah ditutup dan diubah suai menjadi bilik-bilik pejabat yang kelihatan agak mewah jika dibandingkan dengan IPTA yang lain. Sebagai ganti, pelajar belajar di deretan rumah kedai sekitar kampus.

Di waktu kerajaan berusaha menangani krisis ekonomi dan menggalakkan perbelanjaan berhemat, UPSI menghabiskan RM250,000 untuk pementasan bangsawan Puteri Saadung di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada Februari 2009. Penting sangatkah pementasan yang tidak balik modal ini? Kenapa tidak dibelanjakan wang sebanyak suku juta ringgit itu untuk mengubah suai bilik kuliah menjadi lebih selesa sementara menanti siapnya kampus baru di Proton City?

Sengaja

Pihak pengurusan tertinggi UPSI pula kerap mengadakan program lawatan ke luar negara seperti Iran, China dan sebagainya. Berhasilkah lawatan ini memperkenalkan dan menarik ramai pelajar luar negara untuk belajar di UPSI atau sengaja mengambil peluang untuk jalan-jalan makan angin? Mahukah pelajar dari luar negara ini belajar di UPSI sedangkan kurikulum yang disediakan terlalu menjurus untuk menjadi seorang guru di Malaysia dan tidak pula diiktiraf oleh negara mereka?

Sedarkah bahawa UPSI sendiri mengabaikan keperluan pelajar-pelajarnya. Perkhidmatan WiFi UPSI JARING di sekitar kampus seringkali tidak boleh digunakan oleh pelajar-pelajar sekalipun mereka sudah membuat bayaran untuk perkhidmatan tersebut. Takkan UPSI nak tunggu kampus di Proton City siap sepenuhnya baru mutu perkhidmatan ICT warga kampus boleh dipertingkatkan.

Dari sudut yang lain pula, setiap tahun UPSI mengubah suai kaki lima jalan dan landskap sekitarnya. Ada saja projek mengubah suai kaki lima dan landskap UPSI ini. Bukan sedikit wang yang dibelanjakan. Yang peliknya, kebocoran di dewan utama UPSI untuk kegunaan peperiksaan dan konvokesyen tidak pula diperbaiki sepenuhnya.

Terdapat satu bangunan baru dan besar dalam proses pembinaan yang dikenali sebagai Bangunan e-Learning di kampus utama UPSI. Malangnya bangunan ini telah melangkaui tempoh sepatutnya ia disiapkan. Ramai yang tidak mengetahui, bila bangunan ini siap, ia tetap tidak akan dijadikan bilik-bilik kuliah.

Bangunan ini akan menempatkan bilik-bilik pejabat, bilik-bilik mesyuarat dan makmal komputer untuk kursus yang sudah semakin kurang pengambilan pelajarnya. Kenapa tidak dirancang untuk dijadikan bilik-bilik kuliah bagi menampung keperluan semua pelajar pelbagai fakulti?

UPSI terlalu menekankan aspek luaran dan kosmetik. Untuk tempoh tiga tahun kebelakangan ini, logo UPSI telah ditukar berkali-kali sehingga warga kampus sendiri menjadi keliru akan logo rasmi sebenar UPSI. Setiap kali perubahan logo, belanja yang banyak akan dihabiskan untuk menukar kesemua logo yang ada termasuk pada kenderaan rasmi universiti, kepala surat, sampul surat, bahan edaran dan sebagainya. Bukankah ini satu pembaziran?

Selain itu juga, terdapat beberapa fakulti yang pengambilan pelajarnya terpaksa dikurangkan. Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK) contohnya, telah memberhentikan pengambilan pelajar baru untuk program Ijazah Sarjana Muda. Antara alasan yang diberikan, kursus yang ditawarkan tidak bersesuaian dengan keperluan sebenar di sekolah-sekolah.

Bersaing

Masalah seperti ini timbul kerana UPSI hanya menyediakan pelajar-pelajar untuk jadi seorang guru di sekolah sehingga menyebabkan mereka terpaksa bersaing dengan pelajar-pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi mendapatkan pekerjaan. Sukatan pelajaran yang ada di Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi contohnya, tidak sesuai untuk melahirkan seorang guru di sekolah-sekolah biasa di Malaysia dan tidak pula mampu untuk menjadikan mereka seorang pakar perisian dan komputer yang boleh berkhidmat dengan sektor swasta. Graduan bergantung seratus peratus dengan kekosongan jawatan guru yang ditawarkan oleh kerajaan untuk mendapat pekerjaan.

Jika dinilai aspek penerbitan ilmiah, UPSI jauh ketinggalan berbanding kebanyakan universiti yang ada di Malaysia. Bilangan perisian pendidikan yang dihasilkan hampir tiada. Begitu juga penerbitan bercetak.

Sepanjang tahun 2009, sehingga ke hari ini, tidak ada satu pun buku baru yang diterbitkan. Pensyarah-pensyarah UPSI sudah serik untuk berurusan dengan pihak universiti. Kebanyakan manuskrip mereka ditolak mentah-mentah oleh mereka yang berlagak pakar dalam semua bidang. Manuskrip yang diterima pula terpaksa menanti sehingga dua tahun untuk diproses. Sebahagian yang sudah menyiapkan buku pula, kurang senang untuk menulis lagi kerana hampir dua tahun royalti buku tidak dibayar.

Pihak pengurusan tertinggi sendiri tidak pernah membentangkan sebarang bentuk perancangan dan hala tuju UPSI untuk jangka panjang dengan warga UPSI. Amanat Naib Canselor sendiri untuk warga UPSI pada awal tahun 2009 hanya tertumpu kepada pencapaian UPSI pada tahun sebelumnya dan perkara yang akan dilakukan untuk tahun 2009.

Barangkali, cadangan sesetengah pihak agar UPSI bergabung dengan Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ada di seluruh negara perlu dipertimbangkan dengan wajar. Pihak pengurusan tertinggi seharusnya mengkaji dan membuat keputusan yang sepatutnya untuk kepentingan pendidikan negara. Tetapi siapa yang berani menegur pihak pengurusan tertinggi UPSI?

Dalam keadaan ekonomi sekarang, UPSI seharusnya lebih faham dengan masalah yang dihadapi pihak kerajaan dan bersabar menunggu kampus baru yang dijanjikan. Bersyukurlah bahawa UPSI masih mampu menyewa rumah kedai untuk dijadikan bilik kuliah. Sementara menanti, fokuskan usaha untuk memperbaiki kepincangan yang ada daripada berterusan mengharapkan kerajaan dalam menyelesaikan semua masalah yang dihadapi.

PEMERHATI

Tanjung Malim, Perak


JAWAPAN UPSI :

Respon kepada surat pembaca Pemerhati Tanjung Malim berkaitan SURAT TERBUKA UNTUK UPSI yang disiarkan oleh Utusan Malaysia 19 Mei 2009.


1. Bilik Kuliah di Bangunan Canselori.

· Bilik-bilik kuliah di Bangunan Canselori dipindahkan keluar kerana pertambahan staf pentadbiran dan lagi Bangunan Canselori dikhaskan untuk Pentadbiran Universiti. Tidak ada di mana-mana universiti pun Bangunan Canselori menempatkan bilik-bilik kuliah. Dahulunya bilik-bilik kuliah itu hanya ditempatkan sementara sahaja di Bangunan Canselori.

· UPSI telah menyewa dan mengubahsuai rumah kedai berhampiran dengan UPSI untuk dijadikan bilik-bilik kuliah dan melengkapkannya dengan kemudahan pembelajaran yang sama dengan kemudahan bilik kuliah di dalam kampus.

· Bilangan bilik kuliah di rumah-rumah kedai ini berjumlah 39 buah meliputi 20 unit rumah kedai dengan kos berikut :

i. Rumah kedai Taman Universiti - 13 unit (39 bilik kuliah) x RM 3,500.00 setiap unit sebulan = RM 45,500.00 sebulan atau RM 546,000.00 setahun.

ii. Rumah kedai Taman Bernam Baru – 7 unit (14 bilik kuliah) x RM 1,100.00 setiap unit sebulan = RM 7,700 sebulan atau RM 92,400.00 setahun.

Jumlah keseluruhan sewaan bilik kuliah adalah RM 638,400.00 setahun (tidak termasuk kos utiliti dan penyelenggaraan lain)

2. Pementasan Bangsawan Puteri Sakdung

· Tidak lebih RM 150,000.00 dibelanjakan dalam Pementasan Bangsawan Puteri Sakdung adalah untuk membangunkan dan menyemarakkan seni bangsawan negara. Di samping itu juga, pementasan bertujuan memperkukuhkan pembelajaran pelajar secara praktis selain meningkatkan keupayaan pelajar dalam seni bangsawan dari sudut pengarahan, rekabentuk set, penggubahan muzik, perekaan kostum dan pelbagai aspek pementasan yang lain.

· Selain itu juga kos meliputi penyelidikan, latihan ,perolehan peralatan dan sistem PA.

3. Lawatan ke Iran dan China

· Lawatan berkenaan bertujuan untuk pengambilan pelajar-pelajar antarabangsa dan memeterai perjanjian persefahaman MoU bagi perkara-perkara berikut :

i. Pada sesi Julai 2009/2010 ini seramai 34 pelajar daripada Southeast University’s College of Music, China akan memulakan pengajian Tahun 2 sehingga Tahun 4 di UPSI.

ii. MoU untuk program 2 + 2 Program Pengajian Muzik dan Bahasa Mandarin di antara UPSI dan Chongqing University, China dan University of Science & Technology, China.

iii. Pada sesi ini seramai tiga (3) orang pelajar Negara Iran telah mendaftar sebagai pelajar Program Pasca Siswazah UPSI.

iv. Ini akan disusuli dengan seorang professor bidang Kemahiran Hidup yang akan melapor diri Julai 2009 dan seorang lagi akan buat sabatikal bidang Kaunseling.

v. MoU telah dimeterai dengan Masshad University dan University of Tehran.

4. WIFI UPSI

· UPSI telah upgrade kemudahan WiFi daripada 68MB kepada 310MB di mana 4000 pelajar boleh mengakses secara serentak.

· Dengan jumlah pengguna yang ramai menyebabkan pengaksesan internet secara serentak ini menjadi perlahan.

· Walau bagaimanapun, kemudahan WIFI UPSI adalah antara yang terbaik di Malaysia.

5. Bangunan E Learning

· Dijangka siap sepenuhnya Disember 2009.

· Di dalam bangunan ini akan menempatkan ruang pejabat termasuk 8 buah bilik kuliah dengan kapasiti 200 pelajar bagi setiap bilik dan 8 buah makmal komputer yang boleh dijadikan bilik kuliah.

· Kelewatan disebabkan kegawatan ekonomi. Walau bagaimanapun, mesyuarat tapak diadakan setiap bulan yang dipengerusikan oleh Naib Canselor sejak Januari 2008 untuk memantau kemajuan projek berkenaan.

6. Logo

· UPSI tidak tukar logo tetapi kembali menggunakan logo asal.

7. Ijazah Sarjana Muda FTMK

· Pada tahun 1997 keperluan terhadap kursus amat mendesak tetapi kini tidak lagi apabila kebanyakan IPT lain menwarkan kursus yang serupa.

· Oleh yang demikian, UPSI menawarkan kursus-kursus Teknologi Maklumat untuk open market.

· Pelajar-pelajar juga tidak sahaja menjadi guru-guru tetapi ada yang bekerja dengan pihak swasta, menjadi pensyarah di kolej komuniti, matrikulasi dan politeknik.

8. Bergabung dengan IPG

· Tidak sesuai bergabung kerana UPSI bukan sahaja menawarkan kursus pendidikan tetapi kursus lain terutama di peringkat Pasca Siswazah.

9. Penerbitan

· Sehingga bulan Mei 2009 sebanyak lima (5) buah buku telah diterbitkan. Judul buku adalah seperti berikut :

i. Psikologi Perkembangan Panduan untuk Guru

ii. Jurnal Sains dan Matematik

iii. Jurnal Bahasa Inggeris

iv. Pendidikan Pembangunan Modal Insan

v. Organisasi Pengurusan Perakaunan, Ekonomi, Keusahawanan (Siri bacaan Malim)

vi. Warna Kalbu Zaman Dewasa (sepatutnya diterbitkan pada April 2009, tetapi terpaksa ditangguhkan atas permintaan waris kepada penulis, Arena Wati kerana penulis baru meninggal dunia)

· Di samping senarai di atas terdapat lima (5) buah buku yang akan diterbitkan menjelang pertengahan tahun ini dan 18 buah buku akan diulangcetak.

· Berdasarkan jumlah buku yang telah dan akan diterbitkan, sasaran Penerbit Universiti untuk menerbitkan 24 buah buku untuk tahun ini akan tercapai.

· Tiada manuskrip yang ditolak oleh Penerbit universiti bagi tahun 2009.

· Sepanjang tahun 2002 hingga 2008 sebanyak lima (5) manuskrip yang ditolak bedasarkan kepada kualiti yang rendah dan tidak mempunyai tahap keilmiahan yang sewajarnya. Jika diterbitkan reputasi UPSI akan terjejas.

· Royalty dibayar sebanyak 2 kali seperti yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Tetap Kewangan (JKTK). Pembayaran pertama adalah secara lump-sum, tiga bulan selepas buku dicetak. Manakala bayaran berikutnya dibuat berdasarkan kepada jualan buku tersebut. Kelewatan mungkin berlaku pada bayaran kedua kerana pembayaran hanya akan dibuat jika 80% buku tersebut telah terjual.

· Tempoh penerbitan buku adalah 6 bulan.

10. Halatuju UPSI

· Merekayasa Universiti Gemilang adalah halatuju UPSI 2007 -2015.(Buku tersebut telah diedar kepada staf).

· Amanat Naib Canselor setiap tahun memang sifatnya amanat untuk tahun berkenaan.(Amanat Naib Canselor boleh dimuat turun melalui laman web UPSI.)

11. Pengubahsuaian kaki lima dan landskap

· Pengubahsuaian dilakukan untuk menyediakan UPSI sebagai kampus mesra OKU.

Pengarah,

Bahagian Hubungan Korporat dan Antarabangsa,

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Wednesday, May 20, 2009

Harapan??Kontroversi???Adakah ini diri kita???

Pada kali ini, pihak upsi blogger hanya ingin berbicara mengenai isu maklumat yang dikemukakan oleh sesetengah blog hanya tinggal angan2 sahaja.Upsi blogger berkata demikian adalah berikutan kerana, kewujudan sesetengah blog yang dikatakan mampu menberikan bermacam2 informasi terkini dan cuba untuk menarik perhatian mahasiswa hanya tinggal seolah janji2 manis sahaja.Kalau dahulunya laman blog upsikini yang menjadi sumber maklumat mahasiswa untuk mendapatkan info mengenai kampus, kini segalanya tinggal angan2 dan sejarah setelah bermacam2 kontroversi telah timbul dengan wujudnya blog ini.Mahasiswa yang bergelar blogger banyak berbicara, mengutuk dan bergaduh sesama sendiri atas nama nk menjatuhkan seseorang atau bertentangan pendapat demi menegakkan sesuatu yang dirasakan mereka benar.Bukan itu sahaja, kewujudan beberapa blog lagi yang diakuai mampu menberikan maklumat yang telus dan memberikan harpan pada semua bloggers juga mengikut jejak langkah yang sama.Adakah ini diri kita sebenar, mencetuskan kontroversi??menberikan harapan tp semuanya hangat2 tahi ayam.Memang diakui dunia bloggers bukan hanya dikecimpung oleh mahasiswa malah ramai ahli politik mahupun badan2 yang menyokong perjuangan politik mengunakan blog sebagai senjata utama mereka.Namun harus kita ingat dengan wujudnya perkara seperti ini kita akan lebih mudah terdedah dengan dakyah2 baru yang mereka ingin sebarkan.Justeru berhati-hatlahi sahabat2 perjuanganku.Upsi bloggers memohon seribu kemaafan sekiranya kata2 upsi blogger menyingung mana2 pihak.Tapi ini adalah pengakuan dari beberapa mahasiswa sendiri.Teruskan perjuangan anda semua.Berani kerana benar, takut keranan salah.

"bersama memartabatkan pendidikan negara"

Tuesday, May 19, 2009

UPSIKINI terus Berdiam

Blog yang menjadi tumpuan mahasiswa upsi kini terus berdiam diri tanpa sebarang berita sensasi.adakah blog upsikini ini telah gulung tikar @ admin tidak berada di upsi.Blog upsikini yang selama ini menbawa isu-isu hangat mengenai kampus upsi telah berkubur hampir beberapa minggu.Hal ini bukan hanya berlaku pada kali ini sahaja tapi telah berlaku sebelum2 Adakah ini merupakan tanda2 blog ini akan hilang pengunjungnya atau ada isu tersurat di sebalik semua ini.Kita nantikan jawapannya dari upsikini.......

Saturday, May 9, 2009

Kursus Kepimpinan JMK UPSI Bermula Esok

Mulai esok (11/05/09) semua kabinet baru dari semua kolej kediaman akan mula menjalani kursus kepimpinan Jawatankuasa Mahasiswa Kolej.Kursus kepimpinan ini adalah satu program yang telah dirangka oleh pihak Jabatan Hal ehwal pelajar bagi menberi input dan maklumat terkini kepada kepimpinan baru kolej kediaman.Program ini merupakan acara tahunan universiti khas untuk semua kepimpinan JMK Kolej.Buat kali pertama kali, semua pasukan JMK kolej kediaman akan mula mendaftar di Kolej Harun Aminurrashid esok.Pada kali ini, segala persiapan dan penganjuran kursus adalah sepenuhnya dianjurkan oleh pihak Kolej Harun Aminurrashid.Semua pasukan JMK ini akan mengikuti kursus di dua tempat iaitu di kompleks Bitarasiswa dan sebuah kem di Janda baik.Diharap kursus ini akan memberi pendedahan yang berkesan buat semua pasukan JMK dalam usaha menaikan nama kolej kediaman dan Universiti Pendidikan Sultan Idris

Wednesday, May 6, 2009

Dunia Blog Sensasi di UPSI

Rata-rata mahasiswa hari ini telah mula aktif dengan dunia blog yang semakin berkembang di dalam arus perdana hari ini.Hal ini juga jelas dilihat pada mahasiswa UPSI yang telah menjadikan blog sebagai satu wadah untuk terus menyamapaikan isu2 semasa berkaitan dengan mahasiswa dan kampus.Memang diakui berbagai blog telah muncul sejak akhir2 ini terutamanya berkait rapat dengan aktiviti mahasiswa dan juga universiti.DIsamping itu juga, banyak kelab dan persatuan dan kelab di UPSI telah menjadikan blog sebagai wadah mereka untuk menyampaikan dan berhubung dengan ahli persatuan.Ini menunjukan satu perkembangan yang baik di dalam mencari jalan perhubungan antara persatuan dan setiap halinyaMalah mahasiswa sendiri telah menjadikan blog sebagai salah satu sumber maklumat mereka dan mengikuti setiap perkembangan blog tersebut.Namun apa yang dikhuatiri adalah dari segi ketelusan atau kesahihan maklumat yang disampaikan dan disebarkan dalam blog.Justeru Upsi blogger berharap agar semua mahasiswa terus untuk melangkah maju di dalam dunia blog ini dan menapis dan menyiasat maklumat yang dibaca sebelum mempercayainya.


Saturday, May 2, 2009

Mahasiswa Mahu Isu Kafeteria Di Kampus Proton City Dipantau & Ditambahbaikan

Menjelang hari-hari terakhir bagi semester ini, isu kafeteria masih tetap timbul walaupun berbagai pemantauan telah dilakukan oleh pihak universiti.Beberapa mahasiswa pada semester kali ini banyak menbuat aduan dan menerima rungutan dari berbagai pihak mengenai keaadaan kafeteria.Seperti yang diketahui semua, di kolej proton city terdapat 2 kolej kediaman iaitu Kolej Aminuddin Baki dan Kolej Za'ba, dimana kedua-dua kolej ini menempatkan hampir 2000 lebih pelajar.Hampir kesemua pelajar ini bergantung harap untuk mendapatkan makanan di kafeteria ni terutamanya pada waktu malam dan hujung minggu.Upsi-bloggers banyak menerima rungutan terutamanya dari segi harga makanan yang tidak kosisten,masalah kebersihan cafe dan makanan yang telah menjadi isu hangat pada awal semester yang lagi.

Namun pada kali ini, beberapa desas-desus berita telah diterima iaitu mengenai kualiti makanan dan yang paling mengejutkan adalah makanan berulat terutamanya pada ayam dan ikan.Keadaan makanan berulat terutama pada Ayam ini adalah disebabkan terlalu berulang kali digoreng kerana makanan tersebut tidak habis dijual.Ini bermakna makanan yang dijual bukanlah dari makanan yang betul2 fresh tapi boleh digelar "2nd hand food".Justeru ramai mahasiswa yang menyedari perkara ini mengambil langkah untuk kurangkan pembelian di kafeteria.Kenyataan ini bukanlah untuk memburukkan sesiapa tetapi adalah sebagai pemberitahuan kepada pihak yang berhak dalam usaha menyelesaikan masalah ini.Upsi bloggers hanya mahu berkongsi apa yang berlaku di kampus upsi dan mengharapkan isu yang menjadi bualan mahasiswa ini dapat diselesaikan terutama pada semester akan datang.Sebelum terlupa, antara salah stau masalah yang menimpa mahasiswa di kampus proton city pada semester adalah ketiadaan kafe air dibuka di kafeteria.Situasi ini menimbulkan masalah pada mulanya, namun beberapa pengusaha kafeteria makanan yang menyedari masalah ini telah membuka jualan air di kafe masing2.Justeru, diharap masalah yang berlaku pada semester ini dapat diselesaikan atau ditambaikkan pada semester akan datang untuk keselesaan bersama.

kafe air tidak beroperasi



Thursday, April 30, 2009

StaTus BangunAn PEmbiNaaN Sebelah MAlim SArjana??


Seperti yang mahasiswa sedia maklum, kampus utama UPSI yang berpusat di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah sedang dalam proses menyiapkan projek pembinaan bangunan yang bersebelahan Bangunan Malim Sarjana.Bangunan yang dijangka merupakan Bangunan yang terbesar di UPSI menjadi tanda tanya kepada mahasiswa/i tentang jangkaan sebenar untuk projek tersebut disiapkan.Ini berikutan kerana projek pembinaan yang hanya melibatkan pembinaan satu bangunan tersebut telah memakan masa hampir 2 tahun setengah untuk disiapkan.Namun sehinggga hari ini bangunan yang dibayangkan gah masih belum dapat disiapkan dan warga mahasiswa UPSI terus menungggu dan menanti bagi merasai bangunan baru.Ura-ura mengatakan bahawa pembinaan ini terbengkalai disebabkan oleh kontraktor yang bermasalah.Sekiranya itu yang menjadi permasalahannya, upsi blogger berdoa agar segala masalah dapat diselesaikan dengan baik.Cuma diharap ,segala persoalan mengenai status bangunan baru ini dapat dikongsi bersama oleh mana2 blogger yang tahu mengenai perkara ini.Semoga segala masalah akan dipermudahkan.

SaLam Dipermudahkan segalanya....upsi blogger

Wednesday, April 29, 2009

DApatKan eCARD UPSI terkIni

Untuk pengetahuan semua bloggers, pihak UPSI telah memperkenalkan satu aplikasi baru untuk semua mahasiswa/i upsi yang diberi nama eCARD.Dengan mengunakan aplikasi ni, semua bloggers @ mahasiswa upsi boleh menghantar eCArD ini pada kawan-kawan atau sesiapa sahaja yg kiter nak dengan mengunakan emel.Jadi apa lagi ekspresikan perasaan atau ucapan anda dengan teknologi terkini.SELAMAT MENCUBA...dibawah ada beberapa contoh eCARD yang disediakan,pilihlah yang mane berkenan dihati..







Jadi apa lagi,dapatkan terus di pasaran..haha..
untuk mendapatkan eCARD UPSI, terus klik pada

eCARD Universiti Pendidikan NO 1

SelamaT BerseRonok Dari UPsi BloGgers

Tuesday, April 28, 2009

Program 3M Bukti Pemurnian Gerakan Mahasiswa

Saifuddin dengar idea bakal pendidik
(Timbalan Menteri Pengajian TInggi)

26 April 2009, Tanjung Malim - Saifuddin Abdullah telah mengadakan lawatan mengejut ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini pada tengah hari. Beliau kemudiannya mengadakan dialog dengan para pemimpin mahasiswa UPSI selama lebih sejam tanpa kehadiran mana-mana pegawai atasan universiti. Saifuddin telah memberi ruang kepada pemimpin mahasiswa menyatakan segala pandangan dan masalah mereka terus kepada beliau. Antara isu-isu yang dibangkitkan oleh mahasiswa ialah seperti isu bayaran PTPTN, kad khas pelajar dan usaha-usaha memantapkan kursus-kursus kepada bakal pendidik.

Saifuddin berkata bakal-bakal pendidik di UPSI membuktikan bahawa mereka memang prihatin dan mempunyai idea bernas untuk masa depan negara terutamanya tentang bidang pendidikan. Saya amat gembira dengan pertemuan ini dan saya lihat mereka tidak segan silu menyampaikan rasa hati mereka. Sementera itu, saudara Arif bin Mohamad, exco Akademik dan Kerjaya berpendapat bahawa ini adalah pemurniaan kepada gerakan mahasiswa di negara. Saifuddin pernah berada dalam gerakan mahasiswa dan beliau faham apa yang diperjuangkan. Warga mahasiswa mengalu-alukan pendekatan baru dan tidak formal seperti ini.

Pertemuan sebegini adalah sebahagian daripada program khas beliau sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi iaitu 3M (MENYELAMI MINDA MUDA). Sebelum UPSI, Saifuddin telah bertemu mahasiswa UPM, UKM, UTM dan UM dalam tempoh 14 hari pertama di KPT. Beliau meletakkan sasaran bertemu dengan mahasiswa setiap hari dalam 30 hari pertama di KPT. Beliau menambah, selepas 30 hari, saya akan menyusun pendekatan-pendekatan seterusnya bersama mahasiswa. Sekarang adalah masa bertemu dan mengenali kehidupan kampus mereka.

Beliau telah melawat Bitara Siswa di UPSI diringi oleh mahasiswa di sini selepas merasmikan Majlis Konvokensyen Politeknik Sultan Azlan Shah di Behrang, Perak.

sumber :http://www.saifuddinabdullah.com.my

ReLevenkah PembUangan HAmpir Ramai PElajar KoleJ

BEBERAPA MINGGU LEPAS SENARAI NAMA PELAJAR MENDUDUKI KOLEJ TELAH DIKELUARKAN OLEH SEMUA PIHAK KOLEJ KEDIAMAN.NAMUN PERKARA MENJADI ISU SEKARANG INI ADALAH DARI SEGI PEMBUANGAN PELAJAR KOLEJ YANG DIRASAKAN TIDAK RELEVEN.upsi bloggers KALI INI MENGAJAK SEMUA MAHASISWA BERFIKIR SEJENAK MENGENAI MASALAH YANG TIMBUL KALI INI.aDAKAH TINDAKAN MENBUANG PELAJAR INI RELEVEN SEKIRANYA MELIBATKAN RAMAI MAHASISWA-MAHASISWA DIBUANG KOLEJ.mENURUT MAKLUMAT YANG DIPEROLEHI, ADA SESETENGAH KOLEJ KEDIAMAN TELAH MEMBUANG HAMPIR 600 ORANG PELAJAR (kolej za"ba) DAN 300 ORANG PELAJAR (kolej aminuddin baki).RATA-RATA PELAJAR YANG DIBUANG KOLEJ KALI INI ADALAH KERANA PENGLIBATAN MEREKA YANG TIDAK AKTIF DI PERINGKAT KOLEJ MAHUPUN DI PERINGKAT UNIVERSITI.NAMUN APA YANG MENJADI PERSOALAH ADALAH:

1)ADAKAH HAMPIR 600 MAHASISWA INI LANGSUNG TIDAK MELIBATKAN DIRI DENGAN AKTIVITI UNIVERSITI

2)BaGAIMANAKAH PETEMPATAN PELAJAR INI SEKIRANYA MEREKA DIBUANG KOLEJ?

3)ADAKAH PENEMPATAN DI LUAR KOLEJ MENCUKUPI BAGI MAHASISWA/I YANG DIBUANG KOLEJ?

4)aDAKAH PELAJAR-PELAJAR YANG DIBUANG KOLEJ SEMPAT MENCARI KEDIAMAN DI LUAR KOLEJ SEPANJANG MUSIM PEPERIKSAAN?

5)ADAKAH SALURAN LUAR UNTUK PELAJAR MENCARI RUMAH SEWA BAGI MENGELAKKAN PELAJAR DITIPU ATAU DITINDAS?

fiKIr-fiKIRKANLAH....

Sunday, April 26, 2009

MUTIARA KATA


Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."

(Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman)

WebSITE rASmI uPSI bERwAJAH baRU

Bermula 23 april 2009, laman web rasmi upsi yang beralamat www.upsi.edu.my telah berwajah baru dan ini telah menunjukan satu perubahan drastik yang telah diambil pihak universiti bagi meningkatkan tahap capaian perkhidmatan di dalam website rasmi universiti.Dengan adanya website berwajah baru ini, pelajar yang mengakses maklumat ini boleh memilih warna yang diminat di dalam website ini.Bukan itu sahaja susunan maklumat kali ini adalah lebih simple dan mudah untuk setiap pengakses mencari maklumat mengenai Universiti Pendidikan Sultan Idris.Tahniah diucapkan Kepada semua warga UPSi yang terlibat dalam mernjayakan pembikinan laman web upsi yang berwajah baru.Di harap dengan langkah diambil pihak universiti ini mampu untuk mempertingkatkan nama universiti pendidikan sultan idris idris sebagai universiti pendidikan yang terulung di mata ramai.

Akhir kata dari upsi bloggers

"Pendidikan Gemilang Menuju Wawasan"