Thursday, July 30, 2009

UPSI Sediakan Bas Untuk Pulang Ke kampung

UPSI - (H1N1) Gara-gara tiket bas dan kereta api untuk pulang ke kampung yang tidak mencukupi, pihak UPSI telah mengambil langkah untuk menyediakan bas percuma kepada pelajar yang hendak pulang ke kampung.

Perkhidmatan bas yang disediakan ini, akan bergerak ke semua destinasi di pantai timur, utara dan selatan.Perkhidmatan ini jelas menunjukkan keprihatinan pihak universiti terhadap semua mahasiswa dan harus dihargai.

Pendaftaran bagi perkhidmatan bas ini telah dimulakan sejak semalam dan disambung pada pagi ini.Kolej Za'ba dan Kolej Harun Aminurrashid telah dipilih sebagai tempat untuk pendaftaran perkhidmatan bas ini.

Cuti Semester UPSI bermula Awal

UPSI - (H1N1) Kesan daripada penularan wabak H1N1, pihak pentadbiran universiti telah mengambil langkah untuk membernarkan semua pelajarnya untuk pulang bercuti awal.

Cuti semeseter, yang dijadual bermula 15 Ogos 2009 - 23 Ogos 2009 telah diawalkan kepada 1 Ogos 2009 hingga 9 Ogos 2009.Namun pada kuliah pada tarikh bagi 29-31 Julai 2009 yang telah dibatalkan wajib digantikan kembali oleh semua pensyarah.

Diharap, semua pelajar menerima keputusan yang telah dikeluarkan dengan hati yang terbuka terutamanya mahasiswa dari Sabah dan Serawak.Tidak kurang juga dengan mahasiswa yang pulang ke kampung halaman supaya sentiasa berjaga-jaga dengan tahap kesihatan masing-masing.

Sekiranya terdapat simpton-simpton semasa berada di kampung, sila terus berhubung dengan pihak hospital berdekatan.

H1N1, Pelajar Dibenar Pulang

UPSI - (H1N1) Setelah dikejutkan dengan beberapa penemuan wabak di UPSI.Pihak pentadbiran universiti telah mengadakan perbincangan mengenai keadaan terkini di UPSI dan langkah-langkah pencegahan bagi menghalang penularan wabak H1N1.

Hasil daripada pertemuan ini, kata sepakat telah dapat dicapai dimana semua pelajar yang sihat dibenar pulang ke rumah tetapi perlu mengisi satu borang pengakuan yang menyatakan mereka dalam keadaan sihat.

Manakala, pelajar yang menjadi suspek untuk virus H1N1 ini tidak dibenarkan pulang melainkan mendapat kebenaran dan diambil oleh ibu bapa masing-masing.Bagi pelajar borneo (sabah/serawak), mereka yang tidak pulang ke kampung pada kali ini akan turut sama dikuaratinkan.

Untuk makluman semua, makanan disediakan bagi semua pelajar yang dikuaratinkan dan ianya merupakan salah satu cara untuk mengelakkan virus ini terus menular.

Wednesday, July 29, 2009

UPSI dikuarantin dalam jangkamasa 3 hari

UPSI - (H1N1) Tepat jam 12 malam, beberapa pengumuman telah dibuat terutamanya mengenainya status bermulanya pengkuaratinan mahasiswa yang disyaki mempunyai simpton-simpton H1N1.Pengumuman ini telah dibuat di setiap kolej-kolej kediaman bagi memaklumkan kepada semua mahasiswa tentang tempoh kuaratin kali ini.

Namun apa yang merisaukan para mahasiswa ialah penularan wabak ini.Meskipun beberapa langkah pencegahan telah diambil namun ianya telah menjadi perbualan hangat bagi setiap mahasiswa.Bermula esok, semua kelas dan tutorial dibatalkan secara automatik.

Para mahasiswa yang menginap di kolej Kediaman Aminuddin Baki dan Kolej Za'ba tidak dibenarkan keluar daripada kawasan kolej dan perkhidmatan bas dikatakan akan dihentikan serta merta bagi mencegah penularan wabak H1n1.Selain itu mahasiswa juga tidak dibenarkan pulang ke rumah mahupun dijemput pulang ke rumah oleh ibubapa masing-masing.

Menurut seorang mahasiswa yang hanya mahu dikenali sebagai Khaizar, memberitahu bahawa beberapa hari sebelum tempoh kuarantin dimumkan, ramai diantara kawan-kawanya telah mengalami beberapa simptom-simpton terutamanya seperti demam, batuk-batuk,selesema dan lemah-lemah badan.Namun hal ini telah di pandang remeh oleh beberapa mahasiswa yang mengalami masalah ini.Ini mungkin merupakan salah satu faktor yang telah menjurus kepada masalah ini.

Dengan bermulanya tarikh bagi tempoh kuarantin ini, maka bermulalah tempoh untuk mahasiswa untuk mematuhi segala arahan yang dikeluarkan bagi memastikan usaha pencegahan berjalan lancar.

Thursday, July 23, 2009

Penantian Yang Menghampakan Buat Mahasiswa KAB Dan KZ

UPSI - (ISU SEMASA)Mahasiswa di Kolej Aminuddin Baki dan Kolej Za'ba terus dihinggapi masalah yang sama seperti sebelum-sebelum ini.Masalah yang menjadi rungutan pelajar di KAB dan KZ merupakan masalah yang menjadi keperluan utama pelajar iaitu masalah bas.

Sudah 3 minggu kuliah berlalu namun masalah bas ini terus menbebankan mahasiswa di KAB dan KZ.Perkhidmatan yang diberikan pada kali ini berbeza daripada semester lepas.

Semester lepas, masalah bas ini telah berjaya diselesaikan dengan kerjasama MPP dan pihak JHEPA.Namun pada kali ini, adakah masalah bas ini akan diselesaikan dalam masa terdekat ini??.

Memang tidak dinafikan bahawa, pertambahan pelajar dan pembahagian bas ke proton city merupakan satu sebab berlakunya masalah ini.Tapi diharap, perancangan untuk mengatasis masalah ini dapat dilaksanakan dengan segera.

Mahasiswa/wi banyak membuat rungutan mengenai masalah ini.Namun apakan daya, ianya melibatkan intitusi pentadbiran dan juga penyedia perkhidmatan.Upsi bloggers bukan hendak menghentam mana-mana pihak tetapi hanya untuk berkongsi dan meluahkan masalah yang melanda mahasiswa KAB & KZ.

Masalah perkhidmatan bas ini wajar diselesaikan dengan berkesan semoga para pelajar dapat menikmati keselesaan.Terbaru, mahasiswa terpaksa menunggu selama hampir 3o minit- 1 jam untuk menaiki bas terutamanya perjalanan dari kampus ke KAB dan KZ.Ini disebabkan mahasiswa terpakasa mununggu dan berpusu-pusu untuk berebut tempat di dalam bas.


MOhon supaya masalah ini dapat diselesaikan dengan segera.Sekali lagi upsi bloggers ingin tegaskan bahawa, maklumat yang disampaikan ini merupakan renungan bersama dan sebarang tindakan yang diambil oleh pihak yang berkenaan amatlah dihargai.


"Kebajikan Pelajar, Tanggungjawab Bersama"

Sunday, July 12, 2009

Apabila Penempatan tidak selaras dengan pengambilan

UPSI - (ISU SEMASA) Sudah hampir seminggu mahasiswa/wi UPSI memulakan kuliah masing-masing.Memang tidak dapat dinafikan bahawa minggu pertama dan minggu kedua merupakan antara minggu yang paling sibuk buat mahasiswa.

Ini jelas sekali kelihatan di setiap fakulti-fakulti di UPSI dan tidak kurang juga di Pejabat Bahagian Akademik dan Juga Jabatan Bendahari.Masing-masing mahu menyempurnakan agenda mereka dengan cepat kerana kekangan masa yang diberikan terlalu singkat.

Antara perkara yang menjadi rutin agenda para mahasiswa adalah penambahan/penguguran kursus, masalah kewangan, masalah kolej dan sebagainya.

Namun bukan perkara ini yang menjadi isu utama yang ingin upsi bloggers tampilkan adalah mengenai pengambilan pelajar baru-baru ini.Seperti yang kita sedia maklum pengambilan pelajar yang terlalu ramai kali ini telah menyebabkan penempatan baru telah dibuka khusus untuk pelajar DPLI.

Pada masa yang sama juga kita juga dapat melihat beberapa bas persiaran baru mula menjadi transit pengangkutan bagi warga UPSI.Penambahan bas baru ini mungkin sebagai inisiatif bagi menampung para mahasiswa yang makin bertambah.

Alternatif yang diambil ini adalah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.Namun apa yang menjadi masalah adalah mengenai kuantiti dan jadual pergerakan yang mungkin perlu dikemaskini kembali.

Selain itu, aspek keselamatan pelajar terutamanya di Proton City bagi pelajar DPLI harus juga dititikberatkan.Kawasan penempatan tersebut merupakan kawasan baru dan memerlukan lebih sedikit pengawasan memandangkan kita sedia maklum bahawa kawasan tersebut dipenuhi dengan warga asing.

Diharap perhatian yang serius dapat diambil untuk mengatasi masalah ini."Mencegah lebih baik dari mengubati"

Sunday, July 5, 2009

PTPTN dijangka dikreditkan Esok & Lusa (6/07/2009 - 7/07/2009))

UPSI -(PTPTN)Buat pengetahuan semua mahasiswa, wang PTPTN dijangka akan mula dikreditkan pasal esok hari.Justeru semua mahasiswa bolehlah melakukan semakan kemasukan wang selepas jam 12 tengahari esok.

Menurut maklumat yang boleh dipercayai, wang PTPTN sebenarnya dijangka masuk pada 4 Julai 2009 (sabtu), namun hari berikut merupakan hari tidak bekerja bagi sesetengan jabatan dan badan.

Sehubungan dengan itu, wang PTPTN tersebut akan dikreditkan pada esok hari.harap maklum.

Semester Baru (09/10) Bermula Esok (6 Julai 2009)

UPSI - (INFO TERKINI) Mulai esok (06/07/2009), semua mahasiswa UPSI akan memulakan hari pertama kuliah bagi semester ini.Sepanjang awal bulan 7 ini, rata-rata mahasiswa mula memenuhi sekitar Tg malim dengan tujuan berbeza.Walau apapun, matlamat mereka yang utama adalah untuk meneruskan semester baru.

Ada diantara mahasiswa datang awal untuk menyiapkan tesis, menyiapkan gerakkerja perancangan program, tiket bas habis dan sebagainya.Walau apapun alasan mahasiswa ini untuk datang awal, namun ini bukanlah satu penghalang untuk semua mahasiswa ini meneruskan usaha untuk meningkatkan softskill sebagai persediaan untuk bergelar sebagai seorang pendidik

Dengan bermulanya semester baru ini, sudah pasti setiap mahasiswa ini menanamkan azam baru di awal semester.Dan apabila bercakap mengenai kecemerlangan, jelas semua ini terpancar di dalam jiwa setiap mahasiswa.

Pada kesempatan ini Upsi Blogger mengucapkan selamat meneruskan semester baru dan jadikan semester baru ini sebagai penerus kepada kesinambungan kejayaan semua Mahasiswa.

Thursday, July 2, 2009

Perjalanan Pendaftran DPLI Berjalan Lancar

UPSI - (MSK UNIVERSITI)Pendaftaran Pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah yang berlangsung hari ini (2/07/2009) berjalan dengan lancar walaupun terdapat beberapa kekangan masalah yang tidak boleh dielakkan.Keadaan cuaca banyak memainkan peranan terutamanya semasa hari pendaftaran pelajar.Namun ianya bukanlah alasan konkrit yang boleh dinyatakan oleh mana-mana pihak.

Pihak SMS yang mengendalikan MSK kali ini telah bersiap sedia dengan apa jua keadaan yang berlaku terutamanya dari perubahan tentatif mahupun pertukaran masa kerana semua itu dianggap normal dalam satu-satu program.

Namun, beberapa kritikan yang dinyatakan di dalam sesetengah blog mengenai MSK kali ini haruslah ditapis kerana mengktitik merupakan satu kaedah untuk memperbetulkan tetapi sebarang kritikan yang dinyatakan haruslah di selitkan bersama langkah atau usaha untuk mengatasi masalah itu.

Diharap kepada semua mahasiswa yang aktif mengikuti perkembangan blog supaya mengkaji setiap informasi yang diterima dari setiap blog dan bukan hanya menerima sebarang berita yang dinyatakan secara bulat-bulat.