Thursday, April 30, 2009

StaTus BangunAn PEmbiNaaN Sebelah MAlim SArjana??


Seperti yang mahasiswa sedia maklum, kampus utama UPSI yang berpusat di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah sedang dalam proses menyiapkan projek pembinaan bangunan yang bersebelahan Bangunan Malim Sarjana.Bangunan yang dijangka merupakan Bangunan yang terbesar di UPSI menjadi tanda tanya kepada mahasiswa/i tentang jangkaan sebenar untuk projek tersebut disiapkan.Ini berikutan kerana projek pembinaan yang hanya melibatkan pembinaan satu bangunan tersebut telah memakan masa hampir 2 tahun setengah untuk disiapkan.Namun sehinggga hari ini bangunan yang dibayangkan gah masih belum dapat disiapkan dan warga mahasiswa UPSI terus menungggu dan menanti bagi merasai bangunan baru.Ura-ura mengatakan bahawa pembinaan ini terbengkalai disebabkan oleh kontraktor yang bermasalah.Sekiranya itu yang menjadi permasalahannya, upsi blogger berdoa agar segala masalah dapat diselesaikan dengan baik.Cuma diharap ,segala persoalan mengenai status bangunan baru ini dapat dikongsi bersama oleh mana2 blogger yang tahu mengenai perkara ini.Semoga segala masalah akan dipermudahkan.

SaLam Dipermudahkan segalanya....upsi blogger

Wednesday, April 29, 2009

DApatKan eCARD UPSI terkIni

Untuk pengetahuan semua bloggers, pihak UPSI telah memperkenalkan satu aplikasi baru untuk semua mahasiswa/i upsi yang diberi nama eCARD.Dengan mengunakan aplikasi ni, semua bloggers @ mahasiswa upsi boleh menghantar eCArD ini pada kawan-kawan atau sesiapa sahaja yg kiter nak dengan mengunakan emel.Jadi apa lagi ekspresikan perasaan atau ucapan anda dengan teknologi terkini.SELAMAT MENCUBA...dibawah ada beberapa contoh eCARD yang disediakan,pilihlah yang mane berkenan dihati..







Jadi apa lagi,dapatkan terus di pasaran..haha..
untuk mendapatkan eCARD UPSI, terus klik pada

eCARD Universiti Pendidikan NO 1

SelamaT BerseRonok Dari UPsi BloGgers

Tuesday, April 28, 2009

Program 3M Bukti Pemurnian Gerakan Mahasiswa

Saifuddin dengar idea bakal pendidik
(Timbalan Menteri Pengajian TInggi)

26 April 2009, Tanjung Malim - Saifuddin Abdullah telah mengadakan lawatan mengejut ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini pada tengah hari. Beliau kemudiannya mengadakan dialog dengan para pemimpin mahasiswa UPSI selama lebih sejam tanpa kehadiran mana-mana pegawai atasan universiti. Saifuddin telah memberi ruang kepada pemimpin mahasiswa menyatakan segala pandangan dan masalah mereka terus kepada beliau. Antara isu-isu yang dibangkitkan oleh mahasiswa ialah seperti isu bayaran PTPTN, kad khas pelajar dan usaha-usaha memantapkan kursus-kursus kepada bakal pendidik.

Saifuddin berkata bakal-bakal pendidik di UPSI membuktikan bahawa mereka memang prihatin dan mempunyai idea bernas untuk masa depan negara terutamanya tentang bidang pendidikan. Saya amat gembira dengan pertemuan ini dan saya lihat mereka tidak segan silu menyampaikan rasa hati mereka. Sementera itu, saudara Arif bin Mohamad, exco Akademik dan Kerjaya berpendapat bahawa ini adalah pemurniaan kepada gerakan mahasiswa di negara. Saifuddin pernah berada dalam gerakan mahasiswa dan beliau faham apa yang diperjuangkan. Warga mahasiswa mengalu-alukan pendekatan baru dan tidak formal seperti ini.

Pertemuan sebegini adalah sebahagian daripada program khas beliau sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi iaitu 3M (MENYELAMI MINDA MUDA). Sebelum UPSI, Saifuddin telah bertemu mahasiswa UPM, UKM, UTM dan UM dalam tempoh 14 hari pertama di KPT. Beliau meletakkan sasaran bertemu dengan mahasiswa setiap hari dalam 30 hari pertama di KPT. Beliau menambah, selepas 30 hari, saya akan menyusun pendekatan-pendekatan seterusnya bersama mahasiswa. Sekarang adalah masa bertemu dan mengenali kehidupan kampus mereka.

Beliau telah melawat Bitara Siswa di UPSI diringi oleh mahasiswa di sini selepas merasmikan Majlis Konvokensyen Politeknik Sultan Azlan Shah di Behrang, Perak.

sumber :http://www.saifuddinabdullah.com.my

ReLevenkah PembUangan HAmpir Ramai PElajar KoleJ

BEBERAPA MINGGU LEPAS SENARAI NAMA PELAJAR MENDUDUKI KOLEJ TELAH DIKELUARKAN OLEH SEMUA PIHAK KOLEJ KEDIAMAN.NAMUN PERKARA MENJADI ISU SEKARANG INI ADALAH DARI SEGI PEMBUANGAN PELAJAR KOLEJ YANG DIRASAKAN TIDAK RELEVEN.upsi bloggers KALI INI MENGAJAK SEMUA MAHASISWA BERFIKIR SEJENAK MENGENAI MASALAH YANG TIMBUL KALI INI.aDAKAH TINDAKAN MENBUANG PELAJAR INI RELEVEN SEKIRANYA MELIBATKAN RAMAI MAHASISWA-MAHASISWA DIBUANG KOLEJ.mENURUT MAKLUMAT YANG DIPEROLEHI, ADA SESETENGAH KOLEJ KEDIAMAN TELAH MEMBUANG HAMPIR 600 ORANG PELAJAR (kolej za"ba) DAN 300 ORANG PELAJAR (kolej aminuddin baki).RATA-RATA PELAJAR YANG DIBUANG KOLEJ KALI INI ADALAH KERANA PENGLIBATAN MEREKA YANG TIDAK AKTIF DI PERINGKAT KOLEJ MAHUPUN DI PERINGKAT UNIVERSITI.NAMUN APA YANG MENJADI PERSOALAH ADALAH:

1)ADAKAH HAMPIR 600 MAHASISWA INI LANGSUNG TIDAK MELIBATKAN DIRI DENGAN AKTIVITI UNIVERSITI

2)BaGAIMANAKAH PETEMPATAN PELAJAR INI SEKIRANYA MEREKA DIBUANG KOLEJ?

3)ADAKAH PENEMPATAN DI LUAR KOLEJ MENCUKUPI BAGI MAHASISWA/I YANG DIBUANG KOLEJ?

4)aDAKAH PELAJAR-PELAJAR YANG DIBUANG KOLEJ SEMPAT MENCARI KEDIAMAN DI LUAR KOLEJ SEPANJANG MUSIM PEPERIKSAAN?

5)ADAKAH SALURAN LUAR UNTUK PELAJAR MENCARI RUMAH SEWA BAGI MENGELAKKAN PELAJAR DITIPU ATAU DITINDAS?

fiKIr-fiKIRKANLAH....

Sunday, April 26, 2009

MUTIARA KATA


Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."

(Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman)

WebSITE rASmI uPSI bERwAJAH baRU

Bermula 23 april 2009, laman web rasmi upsi yang beralamat www.upsi.edu.my telah berwajah baru dan ini telah menunjukan satu perubahan drastik yang telah diambil pihak universiti bagi meningkatkan tahap capaian perkhidmatan di dalam website rasmi universiti.Dengan adanya website berwajah baru ini, pelajar yang mengakses maklumat ini boleh memilih warna yang diminat di dalam website ini.Bukan itu sahaja susunan maklumat kali ini adalah lebih simple dan mudah untuk setiap pengakses mencari maklumat mengenai Universiti Pendidikan Sultan Idris.Tahniah diucapkan Kepada semua warga UPSi yang terlibat dalam mernjayakan pembikinan laman web upsi yang berwajah baru.Di harap dengan langkah diambil pihak universiti ini mampu untuk mempertingkatkan nama universiti pendidikan sultan idris idris sebagai universiti pendidikan yang terulung di mata ramai.

Akhir kata dari upsi bloggers

"Pendidikan Gemilang Menuju Wawasan"

Friday, April 24, 2009

KeSan KEtiadaAn Study WeeK

Kesan Ketiadaan Study week jelas dapat dilihat terutamanya mahasiswa dari beberapa kos yang terpaksa menghadapi peperiksaan akhir dengan jadual yang padat.Malah ada diantara mahasiswa terpaksa menjawab 2 kertas peperiksaan pada hari pertama dan diikuti pada pagi hari kedua.Hal ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati mahasiswa terutama dari penyusunan jadual.Dengan MASA yang terlalu singkat untuk mengulangkaji telah menbuat mahasiswa serba salah untuk memilih subjek untuk diulangkaji.Subjek yang menjadi masalah adalah dari segi subjek universiti yang disusun hampir dengan Subjek major.Justeru ramai diantara mahasiswa menumpukan sepenuhnya pada subjek major berbanding subjek universiti.Mungkin kesan daripada masalah yang timbul ini menimbulkan sedikit ketegangan@stress di kalanagan pelajar dan mungkin berkait dengan keputusan peperiksaan.Justeru diharap pada masa akan datang masalah seperti ini tidak akan berlaku lagi kerana perkara ini amat meresahkan mahasiswa.

Salam Isu Semasa TerkinI Dari UPSI bloGgers

Thursday, April 23, 2009

WIreLess Di KOleJ PROton CItY BerMaSalah


Mahasiswa/i yang berada di Kolej Za'ba dan Kolej Aminuddin BaKi jelas sekali merungut dengan masalah wireless yang berlaku di kolej ini menjelang 3 hari peperiksaan berlangsung.Keadaan ini berlaku mulai 21 April 2009 pada waktu malam dan berakhir pada hari khamis, 23 April.Rata-rata mahasiswa di Kedua-dua kolej merasakan port wireless atau kabel wireless telah ditutup untuk memberi peluang kepada mhasiswa untuk terus mengulangkaji @ study untuk menghadapi peperiksaan Akhir berikutan tiadanya study week.Namun perkara ini mendatangkan sedikit kebimbangan bagi mahasiswa di KAB dan KZ kerana mereka merasakan sumber rujukan tambahan mereka boleh didapati di internet.Tetapi memandangkan masalah yang berlaku, ramai mahasiswa telah mengambil langkah alternatif dengan mengulangkaji di kampus.Apa yang penting masalah ini langsung tidak menganggu perjalanan peperiksaan yang telah berlangsung selama 3 hari. Perjuangan Sudah bermula.Teruskan Perjuangan Anda....

Salam KeJayaaN darI UPSi Bloggers

PeNYaKIt Di MUsim PeperiKSaaN

Berhati-hati..
Penyakit ini kerap menyerang hati manusia terutama di musim peperiksaan:
1. Hasad Dengki
2. Su' Dzon(Buruk Sangka)

Simptom-Simptom
1. Hasad Dengki
-Senang hati melihat orang lain susah
-Susah hati melihat orang lain senang
E.g. Ahmad senang hati apabila melihat Salim tidur tak study. Manakala, apabila dia ternampak Salim study, dia rasa tak senang hati.

2. Buruk Sangka
-Sentiasa mengesyaki segala tindakan orang
E.g. Ahmad menyangka Salim seronok apabila Salim ternampak dia tertidur.

Kesan
2 penyakit ini amat bahaya dan boleh memutuskan ukhwah.

Langkah mengatasi:
1. Berlapang dada
2. Husnul Dzon(Baik Sangka)
3. Mengubati Hati

Ubat Hati:
1. Baca Qur’an dan maknanya
2. Dirikanlah solat malam
3. Berkumpullah dengan orang soleh
4. Perbanyakkan berpuasa
5. Perbanyakkan zikir malam

Tuesday, April 21, 2009

gELAgAT MAhaSISwa MaLAm sEBelum eXam







seMOga beRjAYa....

Monday, April 20, 2009

PaNOraMa UPSI MENJelanG PEperiksaaN akhir



TAngGal 21 April 2009, bermulalah tarikh keramat bagi warga mahasiswa UPSI untuk menghadapi peperiksaan akhir yang merupakan ujian terakhir setelah tamatnya satu semester.Jelas sekali beberapa hari ini , majoriti diantara Mahasiswa UPSI mula mengunjungi perpustakaan dan mengadakan perbincangan berkumpulan di sekitar kampus dan kolej kediaman.Perkara yang paling ketara sekali yang dapat dilihat adalah keadaan yang lengang di sekitar kampus Utama UPSI yang jelas menunjukkan Mahasiswa UPSI bertungkus lumus untuk mengulangkaji pelajaran dan menjawab koleksi-koleksi soalan peperiksaan akhir yang lepas.Hal ini berlaku disebabkan kesuntukan masa yang telah dialami pelajar terutamanya setelah ketiadaan "minggu Ulangkaji" @ study week untuk semester ini.Keadaan ini amat Menbebankan para peLajar dan DIharap Semoga pada Masa Akan DatanG PenyediAan Study week ini mesti diwajibkan bagi tidak menimbulkan sebarang rungutan daripada mahasiswa.Salam PEpEriksaaN dari Pihak UPSI BloGGeRS.Semoga KEjayaaN MIlIk KITa SEMua...DO ThE BESt FOr Ur LuCK

Sunday, April 19, 2009

MAlaM ANugerAh KoLeJ-KOlej KEdiamaN


MaLAM AnuGErAH KOlEj-Kolej_kediaMan Yang TelAH berLangsunG semaLAm (18/04/2009) berlangsung DeNgan GeMIlang DeNGan KEHadiran 5 Kabinet JAwaTAnkuAsa MAHasiwa KOLej dariPada KOlEJ KEdiamaN UPSI.KEmeriahAN MAJliS TUrut DIserIKan LAGi DEngan KEHAdiraN AYahANda TImbALaN NAIb CAnseLOr HAL EhwAl PELajAr iaitu PRof DR SHahaRUddiN BIN ABd AZIZ.PaDa PENggaL Ini PEnganJURAn ADALah MEnjadi MILik KOlej UNGku omAr dimaNA Pihak PENgaNJur KAli INI TELAh MEMilih DEwAn KOlej ZAA'ba SEbagai TEMPAt BErlaNgsUngnyA MAjlis KEMuncak ANuGEraH KOlej-KOlej KEdiamN INi.MAlaM Anugerah INi diaNJurkan BERSemPEna Untuk MEnhargaI JAsa-jasa JAWataNkuasa MAhasiswa KOLEj YanG telah MEnbantu MEnjadi PenGEraK DAn SEterusnya MElaksanakan AktivitI2 pelajar.hal ini BErtepataN dengaN ASpirasi UNiversiti UNTuk MElahirkan MAhasiswa YAng PrOaktif dan mampu uNtuk BErgelar pemiMpiN.PElbagai anugerah telah dipertaruhkan DAlam MAjlis ANugerah KAli ni dan pemimpin JMK kolej kediaman YAng TErpilih Telah menerima PengHArgaaN atas SEgala USaha MEreKA SEpanjang Bergelar JAwaTAnkuaSA MAhaSIWa KOleJ.DIharAP. pada MAsa Akan DAtaNg, leBih RAmai PEmimpIn MAhAsiswa Akan DIlahIRkan DI universiti KHususnYa Dari KAlaNGAn JAwatankuasa Mahasiswa KOlej-KOlej KEdiamaN UPSi.TAhniah KEPada JMK yang telah berjaya....

Friday, April 17, 2009

TahNIAh kEPaDA bARisAn kaBINet meNTERi 2009


Pihak UPSI Bloggers Mengucapkan Setinggi TAhniah Kepada SEmuA Ahli KAbinEt MEnteRi Untuk SEsI pEmerintah DAto' Seri NAjib.TAhNIaH


PERDANA MENTERI:

Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI:

Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)(muka baru)

2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)

3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)

4. Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)(muka baru)

Timbalan-timbalan Menteri:

1. Datuk Liew Vui Keong

2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim (Senator)

3. Datuk S.K. Devamany

4. Ahmad Maslan

5. T.Murugiah (Senator)

MENTERI KEWANGAN:

Datuk Seri Najib Tun Razak

MENTERI KEWANGAN II:

Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan:

1. Datuk Chor Chee Heung

2. Datuk Dr Awang Adek Hussin (Senator)

MENTERI PELAJARAN:

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan:

1. Datuk Dr Wee Ka Siong

2. Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi

MENTERI PENGANGKUTAN:

Datuk Ong Tee Keat

Timbalan:

1. Datuk Abdul Rahim Bakri

2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:

Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan:

1. Datuk Hamzah Zainudin

MENTERI DALAM NEGERI:

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan:

1. Datuk Wira Abu Seman Yusop

2. Jelaing anak Mersat

MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:

Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim

Timbalan:

1. Datuk Joseph Salang Gandum

2. Senator Heng Seai Kie

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:

Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan:

Noriah Kasnon

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:

Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan:

1. Datuk Hassan Malek

2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

MENTERI PENGAJIAN TINGGI:

Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan:

1. Datuk Dr Hou Kok Chung

2. Datuk Saifuddin Abdullah

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:

Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan:

1. Datuk Mukhriz Mahathir

2. Datuk Jacob Dungau Sagan

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:

Datuk Dr Maximus Ongkili

Timbalan:

Fadillah Yusof

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:

Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan:

Tan Sri Joseph Kurup

MENTERI PELANCONGAN:

Datuk Dr Ng Yen Yen

Timbalan:

Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:

Datuk Noh Omar

Timbalan:

1. Datuk Johari Baharum

2. Datuk Rohani Abdul Karim

MENTERI PERTAHANAN:

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan:

Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

MENTERI KERJA RAYA:

Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan:

Datuk Yong Khoon Seng

MENTERI KESIHATAN:

Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan:

Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI BELIA DAN SUKAN:

Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan:

1. Datuk Razali Ibrahim

2. Wee Jeck Seng

MENTERI SUMBER MANUSIA:

Datuk Dr S.Subramaniam

Timbalan:

Datuk Maznah Mazlan

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:

Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan:

Datuk Tan Lian Hoe

MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:

Datuk Kong Cho Ha

Timbalan:

Datuk Lajim Ukin

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil

Timbalan:

Datin Paduka Chew Mei Fun

MENTERI LUAR:

Datuk Anifah Aman (muka baru)

Timbalan:

1. A.Kohilan Pillay

2. Datuk Lee Chee Leong

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:

Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (muka baru)

Timbalan:

Datuk M.Saravanan

Wednesday, April 15, 2009

SiaPa KIta????-SEJarAH.......

KONTRAK SOSIAL>>>>>>>>>

Kita belajar sejarah tentang Malayan Union. Diperkenalkan oleh British tahun 1945. Sultan2 t/t perjanjian sama ada cara pujuk atau ugut oleh British. Diistiharkan pd 1 April 1946 . Org2 Melayu berkabung 7 hari dgn cara lilit kain putih di songkok mulai 1 - 7 April 1946 sebab Melayu dah tak ada kuasa di Tanah Melayu.

1941 - Atlantic Treaty - British bercdg untuk memerdekakan Tanah Melayu. Tan Cheng Lock tulis surat kpd Pesuruhjaya British dan mencadangkan perkara2 yg kemudiannya dijadikan asas dlm Malayan Union. Tapi tak sempat laksanakan sebab Jepun datang. Jepun memang anti China , dan ambil org2 Melayu kerja dgn Jepun. Walaupun Jepun kejam, tapi menyedarkan semangat kebangsaan dlm jiwa org Melayu.

2 minggu pemerintahan Bintang Tiga - pemimpin2 Melayu , kakitgn yg kerja dgn Jepun, penghulu2, ketua2 kampung, imam2 dibunuh.

Sejarah kata British kenalkan Malayan Union. Itu yang dinyatakan dalam buku2 sejarah. Nasib baik pd masa itu, ada Jaafar Onn, Za'ba, Panglima Bkt Gantang dll yang menyedarkan sultan2. Sultan2 baru sedar dan rasa tertipu. Dlm kongres Melayu pertama yang membincangkan isu Malayan Union, ditubuhkan United Malay Organisation (UMO). Bantahan demi bantahan dan tunjuk perasaan secara besar2an diadakan di beberapa bandar besar di tanah melayu.

Bulan Mei 1946, kongres Melayu di Istana Besar Johor Bahru, UMO ditukar kpd UMNO (Parti kebangsaan Melayu Bersatu) atas cadangan Za'ba.

Akhirnya, pd 1948, Malayan Union dibatalkan dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu.


Fasa nak capai Kemerdekaan

British akan beri kemerdekaan hanya bila Melayu dan lain2 kaum bersatu. Dlm perundingan antara kaum bukan Melayu dan Melayu, terciptalah Kontrak Sosial. Melayu berikan hak kewarganegaraan Jus Soli (warganegara automatik kepada sesiapa yg lahir di Tanah Melayu tanpa kira kaum, dan warganegara kepada semua kaum yg ada di Tanah Melayu semasa Kemerdekaan), dan kaum bukan Melayu iktiraf hak keistimewaan org Melayu (Per 153 Perlembagaan), Agama Islam sebagai agama Persekutuan (bukan agama rasmi, tapi agama Persekutuan, Per.3), Bahasa Melayu sbg Bahasa Persekutuan (Per 152), Kedaulatan Raja2 (Per 181).


Kontrak Sosial

Skrg ni, bukan Melayu pertikaikan Kontrak Sosial. Dakwa Kontrak Sosial berat sebelah. Org Melayu dpt 4, bukan Melayu dpt 1. Dikatakan KS tak lagi relevan. Cuba perhalusi dan kaji dgn mendalam.

i. Hak istimewa - disebabkan penjajahan, org Melayu ketinggalan. bukan sebab org Melayu tak pandai, tapi tak diberi peluang. Org Melayu terpaksa tinggal di kampung2. Org2 Cina tinggal di bandar. Orang India di estet2.Sekolah2 Inggeris ada di bandar besar. Sek. Melayu hanya setakat Darjah 6. Tahun 1957, baru ada SRP. TAhun 1959, baru ada SPM. TAhun 1961, baru ada STPM. Sedangkan Sekolah2 Inggeris di bandar2 dah ada sejak sblm 1900an lagi. Org bukan Melayu dah terkehadapan. Kalau dlm golf, kenalah bagi handicap pd orang yang baru nak belajar main. Jgn samakan dengan org yang dah handal main.

ii. Agama Islam - Kita tak halang org bukan Melayu peluk agama Islam.

iii. Bahasa Melayu - kita tak halang orang bukan Melayu cakap Bahasa Melayu.

iv. Raja-raja Melayu - ini adalah lambang org Melayu.


Apa yg bukan Melayu dapat:

i. Kewarganegaraan - warganegara automatik ikut prinsip JUS SOLI. Nikmati hak-hak sebagai warganegara. Tak macam Myanmar, Vietnam - org keturunan bukan dari mereka dihalau keluar bila capai kemerdekaan. Kita tak pernah halau org bukan Melayu keluar, malah diberi kerakyatan pula.

ii. Ekonomi - Orang bukan Melayu kuasai ekonomi sebab lesen2, permit import eksport, kilang2 dah diberi sejak zaman British lagi. Ada ke kita, Melayu rampas kekayaan mereka semasa Merdeka? Tak ada, sebab Per 15 Perlembagaan, tak ada sesiapa yang boleh dilucutkan hak atau dirampas hartanya kecuali mengikut undang2. Mereka nak sorok barang, nak naikkan harga barang, nak sekat barang, Melayu boleh buat apa? Bila Kerajaan bg projek pd org Melayu, orang bukan Melayu dakwa kita bagi kroni UMNO, dan sebahagian Melayu pun sokong cakap orang bukan Melayu. Bagi projek kat org bukan Melayu, tak pulak timbul isu.

iii. Sekolah2 Kebangsaan - Kerajaan tak hapuskan sekolah2 Jenis Kebangsaan Cina atau Tamil. Ada sekolah2 yg bahasa penghantarnya bahasa Mandarin dan bahasa Tamil.

iv. Kebebasan beragama - Kerajaan tak halang kebebasan beragama. Cuma tak boleh berdakwah agama lain kpd org2 Islam.

v. Kebudayaan - Kerajaan tak pun halang kaum lain mengamalkan kebudayaan masing2.

vi. Perkhidmatan awam - kuota 3 Melayu 1 bukan Melayu. Yg bukan Melayu, cuma nak jawatan pegawai. Jawatan rendah tak mau. Sykt bukan Melayu - syarat nak kerja mesti fasih berbahasa selain bahasa Melayu/Inggeris. Berapa kerat org Melayu fasih bahasa lain? Kalau kerja pun, gaji beza. Naik pangkat pun keutamaan pd org tertentu.


Yang sedihnya, bila bukan Melayu kata Kontrak Sosial tak lagi relevan, org Melayu pun ramai yang sokong.

Apakah ini bermaksud orang Melayu hanya mempertahankan hak sendiri atau mempertikaikan hak orang lain?

Rambut sama hitam.. hati lain-lain.. Siapakah yang mencetuskan isu perbalahan sesama kaum? Tepuk dada tanya diri sendiri.. tak sakit ka duk tepuk dada sendiri?

Bukan niat mempersoalkan tetapi sekadar mengingatkan kesejahteraan dan kemakmuran hasil dari kesepakatan dan perpaduan seluruh kaum yang menetap di Malaysia.. Jangan marakkan api kebencian.. jangan marakkan pertikaian yang sememangnya menjadi tunjang sekian lama perpaduan kaum di Malaysia.. Berat sama dipikul.. ringan sama dijinjing... Malaysia tetap hak Melayu yang gembira berkongsi kemakmuran dan kesejahteraan bersama kaum yang lain..

Monday, April 13, 2009

MaLAM ANugerAH KEtraMpilAN PeLAJAR UPSI

Malam Anugerah Perdana Ketrampilan Pelajar adalah merupakan salah satu acara tahunan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) yang berprestij untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar dan persatuan/kelab yang telah mempamerkan pencapaian yang cemerlang dan mengharumkan nama universiti baik di peringkat inter-universiti, negeri, nasional atau antarabangsa.

Dengan adanya majlis pengiktirafan sebegini, ia dapat menyuntik semangat di kalangan pelajar universiti agar mereka akan terus mempertingkatkan usaha dan sumbangan mereka dalam menobatkan UPSI sebagai universiti yang terbilang.

Tarikh : 14 April 2008 (Selasa)

Masa : 7.30 pm - 11.30 pm

Tempat : Dewan Serbaguna Kolej Za'ba, UPSI


sumber ://hep.upsi.edu.my

Penemuan Terbaru: Secawan Kopi Sehari Boleh Mencegah Kanser Kulit..

Kanser kulit merupakan salah satu pembunuh utama bagi mereka yang berkulit cerah seperti Amerika Syarikat. Berita baiknya, risiko ini dapat dikurangkan dengan hanya secawan kopi sehari. Bahan aktif di dalam kopi iaitu kafein, bukan sahaja membolehkan kita kekal aktif tetapi juga bertindak sebagai agen anti-kanser.

sumber : yoyooh.com

Sunday, April 12, 2009

MajliS MaKan MaLaM JMK KAB mERIAh

TaNggAL 11 hb 4 2009, jAwAtAnKuasA MahaAsIswA kOLEj aMINUdDIn bAKI tELAH meNGnjURkAN mjLIS mAKaN mALAM sEMPenA mENGhRhRgAi jAsA JMK KAB yANG tELAH beRjAYA meNAikAN nAmA kolEj aMInUDDn bAKI sEpANJaNG bERgeLAr jaWatAnkuAsa maHAsISWA koLEJ aMINUddIN baki.mAJLIs iNI tELAh DIaDaKAN dI rEStoRan puTeRI, kUALA luMPUR, pada Jam 8.00 MalAM.MajliS Telah DimulAkAn DeNgAn NYanyIAn LAgu KOleJ.SEterUsnya diSuSuli DengaN PenYamPaiAn CEnderAHati Dan Sijil penghArgaAn Kepada SEmuA JMK KAB.Majlis INi berjalAn DEngAN lANcAr dan BerAkhir Jam 11 Malam