Thursday, May 28, 2009

Widget UPSI event Untuk Semua

Untuk memudahkan lagi semua mahasiswa UPSI memperoleh maklumat terkini mengenai sebarang pegumuman yang dibuat oleh mana2 bahagian atau jabatan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Upsi blogger mengambil inisiatif memperkenalkan UPSI EVENT widget untuk semua mahasiswa UPSI.Diharap dengan wujudnya widget ini makluman terbaru akan mudah untuk didapati tanpa perlu klik pada2 mana bahagian di website UPSI



p/s:Untuk mengubah bentuk kepada saiz yang anda kehendaki, anda boleh terus ke klik pada bahagian dibawah dibawah untuk mengubahnya

THE LATEST UPSI EVENT

Wednesday, May 27, 2009

Xfresh fm Sedia Platform Terbaik Untuk Generasi Muda Terutamanya Kepada Mahasiswa

Evolusi penyiaran di Malaysia kini bertambah maju terutamaya dalam penyediaan bahan unttuk disiarkan kepada masyarakat Malaysia.Perkara ini dikuatkan lagi dengan wujudnya persaingan sihat antara syarikat2 yang bertanggungjawab dalam industri penyiaran negara.Namun pada kali ini UPSI blogger tertarik dengan langkah yang diambil oleh kementerian belia dan sukan dengan kerjasama radio XFresh fm dalam usaha untuk mendekati para remaja di Malaysia.Penyediaan beberapa rancangan yang berkaitan remaja di dalam jadual radio Xfresh Fm jelas menunjukkn kerajaan kita telah mengambil langkah terbaik untuk terus berhubung dengan para remaja di Malaysia.





Luahkanlah pendapat anda mengenai apa sahaja dalam Zon Debat X bersama jox XFM setiap hari Isnin dari jam 9 malam hingga 10 malam. Inilah peluang anda untuk memberi pendapat mengenai isu-isu yang penting untuk anda seperti sistem pendidikan, dunia sukan, masalah sosial, cabaran yang dihadapi, pengalaman yang boleh diambil iktibar, risiko atau faedah sesuatu aktiviti, cadangan-cadangan yang dianggap bernas dan sebagainya.

Pusat ICT UPSI terus gemilang memartabatkan Universiti

Pada kali ini upsi blogger mahu merakamkan sekalung ucapan terima kasih kepada semua warga kerja pusat ICT upsi yang giat melakukan pelbagai aktiviti di peringkat universiti bagi mempertingkatkan kebolehan kepakaran penguna turutamanya warga upsi sendiri.Berdasarkan pencapaiaan dan kerja keras dari seluruh warga ICT upsi, harapan untuk menjadikan UPSI sebagai e-university adalah tidak mustahil dan boleh direalisasikan dan seterusnya menjadikannya sebagai trademark UPSI.Tahniah buat semua warga ict upsi.

Disini upsi blogger melampirkan beberapa iklan program yang dianjurkan oleh pusat ict UPSI.


Tuesday, May 26, 2009

Dinamisme Mahasiswa 3

Dinamisme Mahasiswa 3 ini merupakan slot video terakhir yang membincangkan mengenai isu mahasiswa.Pada kali ini video ini akan membincangkan peranan mahasiswa dalam masyarakat tertamanya dalam memperjuangan kebajikan komuniti.pastikan anda menghayati video ini.Suara mahasiswa adalah suara intelek negara, dan itulah anda.upsi bloggers berharap agar kita semua mengambil iktibar dari video ini demi memartabatkan jati diri mahasiswa terutamanya pada masyarakat negara.



Justeru mahasiswa2 sekalian marilah bersama2 kita memenuhi ilmu di dada kita demi meningkatkan martabat mahasiswa dalam usaha memajukan negara kita yang tercinta.

Monday, May 25, 2009

Dinamisme Mahasiswa 2

Ikuti sambungan video rentetan mengenai Dinamisme Mahasiswa.Pada kali ini pihak Upsibloggers menbawakan video ini yang berkonsepkan mahasiswa terutamanya mengenai nilai tambah mahasiswa.Siapakah yang sebenarnya yang diperlukan mahasiswa terutamanya dalam membantu untuk merealisasikan aspirasi dan inspirasi negara.Hayatilah video ini..



Renung2kanlah diri anda wahai mahasiswa, bangkitlah dari mimpi, tonjolkanlah kredibiliti anda sebagai seorang mahasiswa.

p/s: video seterusnya akan dibawakan pada masa akan datang

Saturday, May 23, 2009

Dinamisme Mahasiswa 1 (renungan buat mahasiswa)

Pada kali ini upsi blogger tertarik dengan beberapa slot video yang berkaitan mahasiswa.Dinamise mahasiswa merupakan antara idea yang paling releven untuk kita hayati bersama2.Untuk slot kali ini marilah kita saksikan dinamisme mahasiswa 1.



Hayatilah video kali ini.Jangan mempersoalkn apa sumbangan negara pada anda tapi persoalkan apa sumbangan kita kepada negara.Sebagai golongan terpelajar dan intelaek, kita merupakan harapan negara.Sumbanglah jasa kepada negara dan jadilah warganegara yang berguna kepada negara.Upsiblogger berharapa agar semua mahasiswa menanamkan azam dalam diri untuk terus berbakti kepada negara tercipta.

p/s : video slot kedua akan muncul pada post akan datang

Friday, May 22, 2009

Pemerhati Bebas & UPSI ( Persoalan & Jawapan)

Surat terbuka untuk UPSI

Masalah bilik kuliah yang tidak cukup di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak, didedahkan akhbar baru-baru ini. Langkah UPSI menyewa rumah kedai sebagai bilik kuliah universiti bukanlah satu fenomena baru. Universiti Teknologi MARA (UiTM) misalnya, juga berbuat demikian kerana tidak mampu menampung pertambahan pelajar. Tetapi tidak ada pula kedengaran rungutan di akhbar daripada pihak pengurusan tertinggi institusi berkenaan atau institusi pengajian tinggi awam (IPTA) lain yang menghadapi masalah sama.

Proses pembinaan kampus baru UPSI di Proton City sedang berjalan walaupun agak sedikit lembab akibat krisis ekonomi yang melanda seluruh dunia.

Justeru UPSI wajar bersabar dan tidak menyalahkan kerajaan. Bagaimana pula dengan masalah kelewatan pembinaan bangunan Komplek e-Learning di Kampus Induk UPSI yang dipantau sendiri oleh pihak UPSI? Bangunan yang sepatutnya siap pada bulan Disember 2008 sehingga kini masih belum siap.

Masalah bilik kuliah yang kurang selesa di UPSI dapat dikurangkan sekiranya pihak pengurusan tertinggi lebih bijak membuat perancangan. Satu ketika, terdapat banyak bilik kuliah yang selesa di Bangunan Canselori, UPSI.

Kini, kesemua bilik kuliah tersebut telah ditutup dan diubah suai menjadi bilik-bilik pejabat yang kelihatan agak mewah jika dibandingkan dengan IPTA yang lain. Sebagai ganti, pelajar belajar di deretan rumah kedai sekitar kampus.

Di waktu kerajaan berusaha menangani krisis ekonomi dan menggalakkan perbelanjaan berhemat, UPSI menghabiskan RM250,000 untuk pementasan bangsawan Puteri Saadung di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada Februari 2009. Penting sangatkah pementasan yang tidak balik modal ini? Kenapa tidak dibelanjakan wang sebanyak suku juta ringgit itu untuk mengubah suai bilik kuliah menjadi lebih selesa sementara menanti siapnya kampus baru di Proton City?

Sengaja

Pihak pengurusan tertinggi UPSI pula kerap mengadakan program lawatan ke luar negara seperti Iran, China dan sebagainya. Berhasilkah lawatan ini memperkenalkan dan menarik ramai pelajar luar negara untuk belajar di UPSI atau sengaja mengambil peluang untuk jalan-jalan makan angin? Mahukah pelajar dari luar negara ini belajar di UPSI sedangkan kurikulum yang disediakan terlalu menjurus untuk menjadi seorang guru di Malaysia dan tidak pula diiktiraf oleh negara mereka?

Sedarkah bahawa UPSI sendiri mengabaikan keperluan pelajar-pelajarnya. Perkhidmatan WiFi UPSI JARING di sekitar kampus seringkali tidak boleh digunakan oleh pelajar-pelajar sekalipun mereka sudah membuat bayaran untuk perkhidmatan tersebut. Takkan UPSI nak tunggu kampus di Proton City siap sepenuhnya baru mutu perkhidmatan ICT warga kampus boleh dipertingkatkan.

Dari sudut yang lain pula, setiap tahun UPSI mengubah suai kaki lima jalan dan landskap sekitarnya. Ada saja projek mengubah suai kaki lima dan landskap UPSI ini. Bukan sedikit wang yang dibelanjakan. Yang peliknya, kebocoran di dewan utama UPSI untuk kegunaan peperiksaan dan konvokesyen tidak pula diperbaiki sepenuhnya.

Terdapat satu bangunan baru dan besar dalam proses pembinaan yang dikenali sebagai Bangunan e-Learning di kampus utama UPSI. Malangnya bangunan ini telah melangkaui tempoh sepatutnya ia disiapkan. Ramai yang tidak mengetahui, bila bangunan ini siap, ia tetap tidak akan dijadikan bilik-bilik kuliah.

Bangunan ini akan menempatkan bilik-bilik pejabat, bilik-bilik mesyuarat dan makmal komputer untuk kursus yang sudah semakin kurang pengambilan pelajarnya. Kenapa tidak dirancang untuk dijadikan bilik-bilik kuliah bagi menampung keperluan semua pelajar pelbagai fakulti?

UPSI terlalu menekankan aspek luaran dan kosmetik. Untuk tempoh tiga tahun kebelakangan ini, logo UPSI telah ditukar berkali-kali sehingga warga kampus sendiri menjadi keliru akan logo rasmi sebenar UPSI. Setiap kali perubahan logo, belanja yang banyak akan dihabiskan untuk menukar kesemua logo yang ada termasuk pada kenderaan rasmi universiti, kepala surat, sampul surat, bahan edaran dan sebagainya. Bukankah ini satu pembaziran?

Selain itu juga, terdapat beberapa fakulti yang pengambilan pelajarnya terpaksa dikurangkan. Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK) contohnya, telah memberhentikan pengambilan pelajar baru untuk program Ijazah Sarjana Muda. Antara alasan yang diberikan, kursus yang ditawarkan tidak bersesuaian dengan keperluan sebenar di sekolah-sekolah.

Bersaing

Masalah seperti ini timbul kerana UPSI hanya menyediakan pelajar-pelajar untuk jadi seorang guru di sekolah sehingga menyebabkan mereka terpaksa bersaing dengan pelajar-pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi mendapatkan pekerjaan. Sukatan pelajaran yang ada di Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi contohnya, tidak sesuai untuk melahirkan seorang guru di sekolah-sekolah biasa di Malaysia dan tidak pula mampu untuk menjadikan mereka seorang pakar perisian dan komputer yang boleh berkhidmat dengan sektor swasta. Graduan bergantung seratus peratus dengan kekosongan jawatan guru yang ditawarkan oleh kerajaan untuk mendapat pekerjaan.

Jika dinilai aspek penerbitan ilmiah, UPSI jauh ketinggalan berbanding kebanyakan universiti yang ada di Malaysia. Bilangan perisian pendidikan yang dihasilkan hampir tiada. Begitu juga penerbitan bercetak.

Sepanjang tahun 2009, sehingga ke hari ini, tidak ada satu pun buku baru yang diterbitkan. Pensyarah-pensyarah UPSI sudah serik untuk berurusan dengan pihak universiti. Kebanyakan manuskrip mereka ditolak mentah-mentah oleh mereka yang berlagak pakar dalam semua bidang. Manuskrip yang diterima pula terpaksa menanti sehingga dua tahun untuk diproses. Sebahagian yang sudah menyiapkan buku pula, kurang senang untuk menulis lagi kerana hampir dua tahun royalti buku tidak dibayar.

Pihak pengurusan tertinggi sendiri tidak pernah membentangkan sebarang bentuk perancangan dan hala tuju UPSI untuk jangka panjang dengan warga UPSI. Amanat Naib Canselor sendiri untuk warga UPSI pada awal tahun 2009 hanya tertumpu kepada pencapaian UPSI pada tahun sebelumnya dan perkara yang akan dilakukan untuk tahun 2009.

Barangkali, cadangan sesetengah pihak agar UPSI bergabung dengan Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ada di seluruh negara perlu dipertimbangkan dengan wajar. Pihak pengurusan tertinggi seharusnya mengkaji dan membuat keputusan yang sepatutnya untuk kepentingan pendidikan negara. Tetapi siapa yang berani menegur pihak pengurusan tertinggi UPSI?

Dalam keadaan ekonomi sekarang, UPSI seharusnya lebih faham dengan masalah yang dihadapi pihak kerajaan dan bersabar menunggu kampus baru yang dijanjikan. Bersyukurlah bahawa UPSI masih mampu menyewa rumah kedai untuk dijadikan bilik kuliah. Sementara menanti, fokuskan usaha untuk memperbaiki kepincangan yang ada daripada berterusan mengharapkan kerajaan dalam menyelesaikan semua masalah yang dihadapi.

PEMERHATI

Tanjung Malim, Perak


JAWAPAN UPSI :

Respon kepada surat pembaca Pemerhati Tanjung Malim berkaitan SURAT TERBUKA UNTUK UPSI yang disiarkan oleh Utusan Malaysia 19 Mei 2009.


1. Bilik Kuliah di Bangunan Canselori.

· Bilik-bilik kuliah di Bangunan Canselori dipindahkan keluar kerana pertambahan staf pentadbiran dan lagi Bangunan Canselori dikhaskan untuk Pentadbiran Universiti. Tidak ada di mana-mana universiti pun Bangunan Canselori menempatkan bilik-bilik kuliah. Dahulunya bilik-bilik kuliah itu hanya ditempatkan sementara sahaja di Bangunan Canselori.

· UPSI telah menyewa dan mengubahsuai rumah kedai berhampiran dengan UPSI untuk dijadikan bilik-bilik kuliah dan melengkapkannya dengan kemudahan pembelajaran yang sama dengan kemudahan bilik kuliah di dalam kampus.

· Bilangan bilik kuliah di rumah-rumah kedai ini berjumlah 39 buah meliputi 20 unit rumah kedai dengan kos berikut :

i. Rumah kedai Taman Universiti - 13 unit (39 bilik kuliah) x RM 3,500.00 setiap unit sebulan = RM 45,500.00 sebulan atau RM 546,000.00 setahun.

ii. Rumah kedai Taman Bernam Baru – 7 unit (14 bilik kuliah) x RM 1,100.00 setiap unit sebulan = RM 7,700 sebulan atau RM 92,400.00 setahun.

Jumlah keseluruhan sewaan bilik kuliah adalah RM 638,400.00 setahun (tidak termasuk kos utiliti dan penyelenggaraan lain)

2. Pementasan Bangsawan Puteri Sakdung

· Tidak lebih RM 150,000.00 dibelanjakan dalam Pementasan Bangsawan Puteri Sakdung adalah untuk membangunkan dan menyemarakkan seni bangsawan negara. Di samping itu juga, pementasan bertujuan memperkukuhkan pembelajaran pelajar secara praktis selain meningkatkan keupayaan pelajar dalam seni bangsawan dari sudut pengarahan, rekabentuk set, penggubahan muzik, perekaan kostum dan pelbagai aspek pementasan yang lain.

· Selain itu juga kos meliputi penyelidikan, latihan ,perolehan peralatan dan sistem PA.

3. Lawatan ke Iran dan China

· Lawatan berkenaan bertujuan untuk pengambilan pelajar-pelajar antarabangsa dan memeterai perjanjian persefahaman MoU bagi perkara-perkara berikut :

i. Pada sesi Julai 2009/2010 ini seramai 34 pelajar daripada Southeast University’s College of Music, China akan memulakan pengajian Tahun 2 sehingga Tahun 4 di UPSI.

ii. MoU untuk program 2 + 2 Program Pengajian Muzik dan Bahasa Mandarin di antara UPSI dan Chongqing University, China dan University of Science & Technology, China.

iii. Pada sesi ini seramai tiga (3) orang pelajar Negara Iran telah mendaftar sebagai pelajar Program Pasca Siswazah UPSI.

iv. Ini akan disusuli dengan seorang professor bidang Kemahiran Hidup yang akan melapor diri Julai 2009 dan seorang lagi akan buat sabatikal bidang Kaunseling.

v. MoU telah dimeterai dengan Masshad University dan University of Tehran.

4. WIFI UPSI

· UPSI telah upgrade kemudahan WiFi daripada 68MB kepada 310MB di mana 4000 pelajar boleh mengakses secara serentak.

· Dengan jumlah pengguna yang ramai menyebabkan pengaksesan internet secara serentak ini menjadi perlahan.

· Walau bagaimanapun, kemudahan WIFI UPSI adalah antara yang terbaik di Malaysia.

5. Bangunan E Learning

· Dijangka siap sepenuhnya Disember 2009.

· Di dalam bangunan ini akan menempatkan ruang pejabat termasuk 8 buah bilik kuliah dengan kapasiti 200 pelajar bagi setiap bilik dan 8 buah makmal komputer yang boleh dijadikan bilik kuliah.

· Kelewatan disebabkan kegawatan ekonomi. Walau bagaimanapun, mesyuarat tapak diadakan setiap bulan yang dipengerusikan oleh Naib Canselor sejak Januari 2008 untuk memantau kemajuan projek berkenaan.

6. Logo

· UPSI tidak tukar logo tetapi kembali menggunakan logo asal.

7. Ijazah Sarjana Muda FTMK

· Pada tahun 1997 keperluan terhadap kursus amat mendesak tetapi kini tidak lagi apabila kebanyakan IPT lain menwarkan kursus yang serupa.

· Oleh yang demikian, UPSI menawarkan kursus-kursus Teknologi Maklumat untuk open market.

· Pelajar-pelajar juga tidak sahaja menjadi guru-guru tetapi ada yang bekerja dengan pihak swasta, menjadi pensyarah di kolej komuniti, matrikulasi dan politeknik.

8. Bergabung dengan IPG

· Tidak sesuai bergabung kerana UPSI bukan sahaja menawarkan kursus pendidikan tetapi kursus lain terutama di peringkat Pasca Siswazah.

9. Penerbitan

· Sehingga bulan Mei 2009 sebanyak lima (5) buah buku telah diterbitkan. Judul buku adalah seperti berikut :

i. Psikologi Perkembangan Panduan untuk Guru

ii. Jurnal Sains dan Matematik

iii. Jurnal Bahasa Inggeris

iv. Pendidikan Pembangunan Modal Insan

v. Organisasi Pengurusan Perakaunan, Ekonomi, Keusahawanan (Siri bacaan Malim)

vi. Warna Kalbu Zaman Dewasa (sepatutnya diterbitkan pada April 2009, tetapi terpaksa ditangguhkan atas permintaan waris kepada penulis, Arena Wati kerana penulis baru meninggal dunia)

· Di samping senarai di atas terdapat lima (5) buah buku yang akan diterbitkan menjelang pertengahan tahun ini dan 18 buah buku akan diulangcetak.

· Berdasarkan jumlah buku yang telah dan akan diterbitkan, sasaran Penerbit Universiti untuk menerbitkan 24 buah buku untuk tahun ini akan tercapai.

· Tiada manuskrip yang ditolak oleh Penerbit universiti bagi tahun 2009.

· Sepanjang tahun 2002 hingga 2008 sebanyak lima (5) manuskrip yang ditolak bedasarkan kepada kualiti yang rendah dan tidak mempunyai tahap keilmiahan yang sewajarnya. Jika diterbitkan reputasi UPSI akan terjejas.

· Royalty dibayar sebanyak 2 kali seperti yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Tetap Kewangan (JKTK). Pembayaran pertama adalah secara lump-sum, tiga bulan selepas buku dicetak. Manakala bayaran berikutnya dibuat berdasarkan kepada jualan buku tersebut. Kelewatan mungkin berlaku pada bayaran kedua kerana pembayaran hanya akan dibuat jika 80% buku tersebut telah terjual.

· Tempoh penerbitan buku adalah 6 bulan.

10. Halatuju UPSI

· Merekayasa Universiti Gemilang adalah halatuju UPSI 2007 -2015.(Buku tersebut telah diedar kepada staf).

· Amanat Naib Canselor setiap tahun memang sifatnya amanat untuk tahun berkenaan.(Amanat Naib Canselor boleh dimuat turun melalui laman web UPSI.)

11. Pengubahsuaian kaki lima dan landskap

· Pengubahsuaian dilakukan untuk menyediakan UPSI sebagai kampus mesra OKU.

Pengarah,

Bahagian Hubungan Korporat dan Antarabangsa,

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Wednesday, May 20, 2009

Harapan??Kontroversi???Adakah ini diri kita???

Pada kali ini, pihak upsi blogger hanya ingin berbicara mengenai isu maklumat yang dikemukakan oleh sesetengah blog hanya tinggal angan2 sahaja.Upsi blogger berkata demikian adalah berikutan kerana, kewujudan sesetengah blog yang dikatakan mampu menberikan bermacam2 informasi terkini dan cuba untuk menarik perhatian mahasiswa hanya tinggal seolah janji2 manis sahaja.Kalau dahulunya laman blog upsikini yang menjadi sumber maklumat mahasiswa untuk mendapatkan info mengenai kampus, kini segalanya tinggal angan2 dan sejarah setelah bermacam2 kontroversi telah timbul dengan wujudnya blog ini.Mahasiswa yang bergelar blogger banyak berbicara, mengutuk dan bergaduh sesama sendiri atas nama nk menjatuhkan seseorang atau bertentangan pendapat demi menegakkan sesuatu yang dirasakan mereka benar.Bukan itu sahaja, kewujudan beberapa blog lagi yang diakuai mampu menberikan maklumat yang telus dan memberikan harpan pada semua bloggers juga mengikut jejak langkah yang sama.Adakah ini diri kita sebenar, mencetuskan kontroversi??menberikan harapan tp semuanya hangat2 tahi ayam.Memang diakui dunia bloggers bukan hanya dikecimpung oleh mahasiswa malah ramai ahli politik mahupun badan2 yang menyokong perjuangan politik mengunakan blog sebagai senjata utama mereka.Namun harus kita ingat dengan wujudnya perkara seperti ini kita akan lebih mudah terdedah dengan dakyah2 baru yang mereka ingin sebarkan.Justeru berhati-hatlahi sahabat2 perjuanganku.Upsi bloggers memohon seribu kemaafan sekiranya kata2 upsi blogger menyingung mana2 pihak.Tapi ini adalah pengakuan dari beberapa mahasiswa sendiri.Teruskan perjuangan anda semua.Berani kerana benar, takut keranan salah.

"bersama memartabatkan pendidikan negara"

Tuesday, May 19, 2009

UPSIKINI terus Berdiam

Blog yang menjadi tumpuan mahasiswa upsi kini terus berdiam diri tanpa sebarang berita sensasi.adakah blog upsikini ini telah gulung tikar @ admin tidak berada di upsi.Blog upsikini yang selama ini menbawa isu-isu hangat mengenai kampus upsi telah berkubur hampir beberapa minggu.Hal ini bukan hanya berlaku pada kali ini sahaja tapi telah berlaku sebelum2 Adakah ini merupakan tanda2 blog ini akan hilang pengunjungnya atau ada isu tersurat di sebalik semua ini.Kita nantikan jawapannya dari upsikini.......

Saturday, May 9, 2009

Kursus Kepimpinan JMK UPSI Bermula Esok

Mulai esok (11/05/09) semua kabinet baru dari semua kolej kediaman akan mula menjalani kursus kepimpinan Jawatankuasa Mahasiswa Kolej.Kursus kepimpinan ini adalah satu program yang telah dirangka oleh pihak Jabatan Hal ehwal pelajar bagi menberi input dan maklumat terkini kepada kepimpinan baru kolej kediaman.Program ini merupakan acara tahunan universiti khas untuk semua kepimpinan JMK Kolej.Buat kali pertama kali, semua pasukan JMK kolej kediaman akan mula mendaftar di Kolej Harun Aminurrashid esok.Pada kali ini, segala persiapan dan penganjuran kursus adalah sepenuhnya dianjurkan oleh pihak Kolej Harun Aminurrashid.Semua pasukan JMK ini akan mengikuti kursus di dua tempat iaitu di kompleks Bitarasiswa dan sebuah kem di Janda baik.Diharap kursus ini akan memberi pendedahan yang berkesan buat semua pasukan JMK dalam usaha menaikan nama kolej kediaman dan Universiti Pendidikan Sultan Idris

Wednesday, May 6, 2009

Dunia Blog Sensasi di UPSI

Rata-rata mahasiswa hari ini telah mula aktif dengan dunia blog yang semakin berkembang di dalam arus perdana hari ini.Hal ini juga jelas dilihat pada mahasiswa UPSI yang telah menjadikan blog sebagai satu wadah untuk terus menyamapaikan isu2 semasa berkaitan dengan mahasiswa dan kampus.Memang diakui berbagai blog telah muncul sejak akhir2 ini terutamanya berkait rapat dengan aktiviti mahasiswa dan juga universiti.DIsamping itu juga, banyak kelab dan persatuan dan kelab di UPSI telah menjadikan blog sebagai wadah mereka untuk menyampaikan dan berhubung dengan ahli persatuan.Ini menunjukan satu perkembangan yang baik di dalam mencari jalan perhubungan antara persatuan dan setiap halinyaMalah mahasiswa sendiri telah menjadikan blog sebagai salah satu sumber maklumat mereka dan mengikuti setiap perkembangan blog tersebut.Namun apa yang dikhuatiri adalah dari segi ketelusan atau kesahihan maklumat yang disampaikan dan disebarkan dalam blog.Justeru Upsi blogger berharap agar semua mahasiswa terus untuk melangkah maju di dalam dunia blog ini dan menapis dan menyiasat maklumat yang dibaca sebelum mempercayainya.


Saturday, May 2, 2009

Mahasiswa Mahu Isu Kafeteria Di Kampus Proton City Dipantau & Ditambahbaikan

Menjelang hari-hari terakhir bagi semester ini, isu kafeteria masih tetap timbul walaupun berbagai pemantauan telah dilakukan oleh pihak universiti.Beberapa mahasiswa pada semester kali ini banyak menbuat aduan dan menerima rungutan dari berbagai pihak mengenai keaadaan kafeteria.Seperti yang diketahui semua, di kolej proton city terdapat 2 kolej kediaman iaitu Kolej Aminuddin Baki dan Kolej Za'ba, dimana kedua-dua kolej ini menempatkan hampir 2000 lebih pelajar.Hampir kesemua pelajar ini bergantung harap untuk mendapatkan makanan di kafeteria ni terutamanya pada waktu malam dan hujung minggu.Upsi-bloggers banyak menerima rungutan terutamanya dari segi harga makanan yang tidak kosisten,masalah kebersihan cafe dan makanan yang telah menjadi isu hangat pada awal semester yang lagi.

Namun pada kali ini, beberapa desas-desus berita telah diterima iaitu mengenai kualiti makanan dan yang paling mengejutkan adalah makanan berulat terutamanya pada ayam dan ikan.Keadaan makanan berulat terutama pada Ayam ini adalah disebabkan terlalu berulang kali digoreng kerana makanan tersebut tidak habis dijual.Ini bermakna makanan yang dijual bukanlah dari makanan yang betul2 fresh tapi boleh digelar "2nd hand food".Justeru ramai mahasiswa yang menyedari perkara ini mengambil langkah untuk kurangkan pembelian di kafeteria.Kenyataan ini bukanlah untuk memburukkan sesiapa tetapi adalah sebagai pemberitahuan kepada pihak yang berhak dalam usaha menyelesaikan masalah ini.Upsi bloggers hanya mahu berkongsi apa yang berlaku di kampus upsi dan mengharapkan isu yang menjadi bualan mahasiswa ini dapat diselesaikan terutama pada semester akan datang.Sebelum terlupa, antara salah stau masalah yang menimpa mahasiswa di kampus proton city pada semester adalah ketiadaan kafe air dibuka di kafeteria.Situasi ini menimbulkan masalah pada mulanya, namun beberapa pengusaha kafeteria makanan yang menyedari masalah ini telah membuka jualan air di kafe masing2.Justeru, diharap masalah yang berlaku pada semester ini dapat diselesaikan atau ditambaikkan pada semester akan datang untuk keselesaan bersama.

kafe air tidak beroperasi