Tuesday, April 28, 2009

Program 3M Bukti Pemurnian Gerakan Mahasiswa

Saifuddin dengar idea bakal pendidik
(Timbalan Menteri Pengajian TInggi)

26 April 2009, Tanjung Malim - Saifuddin Abdullah telah mengadakan lawatan mengejut ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini pada tengah hari. Beliau kemudiannya mengadakan dialog dengan para pemimpin mahasiswa UPSI selama lebih sejam tanpa kehadiran mana-mana pegawai atasan universiti. Saifuddin telah memberi ruang kepada pemimpin mahasiswa menyatakan segala pandangan dan masalah mereka terus kepada beliau. Antara isu-isu yang dibangkitkan oleh mahasiswa ialah seperti isu bayaran PTPTN, kad khas pelajar dan usaha-usaha memantapkan kursus-kursus kepada bakal pendidik.

Saifuddin berkata bakal-bakal pendidik di UPSI membuktikan bahawa mereka memang prihatin dan mempunyai idea bernas untuk masa depan negara terutamanya tentang bidang pendidikan. Saya amat gembira dengan pertemuan ini dan saya lihat mereka tidak segan silu menyampaikan rasa hati mereka. Sementera itu, saudara Arif bin Mohamad, exco Akademik dan Kerjaya berpendapat bahawa ini adalah pemurniaan kepada gerakan mahasiswa di negara. Saifuddin pernah berada dalam gerakan mahasiswa dan beliau faham apa yang diperjuangkan. Warga mahasiswa mengalu-alukan pendekatan baru dan tidak formal seperti ini.

Pertemuan sebegini adalah sebahagian daripada program khas beliau sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi iaitu 3M (MENYELAMI MINDA MUDA). Sebelum UPSI, Saifuddin telah bertemu mahasiswa UPM, UKM, UTM dan UM dalam tempoh 14 hari pertama di KPT. Beliau meletakkan sasaran bertemu dengan mahasiswa setiap hari dalam 30 hari pertama di KPT. Beliau menambah, selepas 30 hari, saya akan menyusun pendekatan-pendekatan seterusnya bersama mahasiswa. Sekarang adalah masa bertemu dan mengenali kehidupan kampus mereka.

Beliau telah melawat Bitara Siswa di UPSI diringi oleh mahasiswa di sini selepas merasmikan Majlis Konvokensyen Politeknik Sultan Azlan Shah di Behrang, Perak.

sumber :http://www.saifuddinabdullah.com.my

0 comments: