Sunday, July 12, 2009

Apabila Penempatan tidak selaras dengan pengambilan

UPSI - (ISU SEMASA) Sudah hampir seminggu mahasiswa/wi UPSI memulakan kuliah masing-masing.Memang tidak dapat dinafikan bahawa minggu pertama dan minggu kedua merupakan antara minggu yang paling sibuk buat mahasiswa.

Ini jelas sekali kelihatan di setiap fakulti-fakulti di UPSI dan tidak kurang juga di Pejabat Bahagian Akademik dan Juga Jabatan Bendahari.Masing-masing mahu menyempurnakan agenda mereka dengan cepat kerana kekangan masa yang diberikan terlalu singkat.

Antara perkara yang menjadi rutin agenda para mahasiswa adalah penambahan/penguguran kursus, masalah kewangan, masalah kolej dan sebagainya.

Namun bukan perkara ini yang menjadi isu utama yang ingin upsi bloggers tampilkan adalah mengenai pengambilan pelajar baru-baru ini.Seperti yang kita sedia maklum pengambilan pelajar yang terlalu ramai kali ini telah menyebabkan penempatan baru telah dibuka khusus untuk pelajar DPLI.

Pada masa yang sama juga kita juga dapat melihat beberapa bas persiaran baru mula menjadi transit pengangkutan bagi warga UPSI.Penambahan bas baru ini mungkin sebagai inisiatif bagi menampung para mahasiswa yang makin bertambah.

Alternatif yang diambil ini adalah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.Namun apa yang menjadi masalah adalah mengenai kuantiti dan jadual pergerakan yang mungkin perlu dikemaskini kembali.

Selain itu, aspek keselamatan pelajar terutamanya di Proton City bagi pelajar DPLI harus juga dititikberatkan.Kawasan penempatan tersebut merupakan kawasan baru dan memerlukan lebih sedikit pengawasan memandangkan kita sedia maklum bahawa kawasan tersebut dipenuhi dengan warga asing.

Diharap perhatian yang serius dapat diambil untuk mengatasi masalah ini."Mencegah lebih baik dari mengubati"

0 comments: