Thursday, March 19, 2009

MARI BERSATU WAHAI BLOGGERS UPSI

PERHATIAN,

BACA DENGAN TELITI

Assalamualaikum, aku ucapkan kepada semua bloggers warga UPSI,Aku amat berterima kasih di atas kesudiaan anda semua melayari blog ini,aku berharap agar blog ini dapat di jadikan medium untuk kita semua bertukar pandangan dan memberikan idea dalam segala perkara.Aku bercadang nak menjadikan blog ini sebagai sumber rujukan, kajian ataupun segala tempat promosi tentang apa jua perkara.Dengan ini aku amat berharap agar korang semua dapat mendaftarkan diri sebagai ahli di blog ini.

Tujuan blog ni adalah nak satukan semua blogger2 dari UPSI.dengan kata lain ia nya juga berfungsi sebagai alat penghubung kepada blog anda.Blog kita tidak pernah bererti jika tiada trafik yang datang, maknanya korang bolehlah menggunakan blog ini sebagai medium bagi korang mendapatkan trafik.Caranya mudah sahaja, promote blog korang semua dekat sini.Kalau ada ape2 perdapat, luahan atau apa sahaja pandangan bolehlah tuliskan di sini.. Kemudian minta para pengunjung ke blog korang. Taip link korang semua.. Tapi macam mana caranya nak tulis dekat blog ni??? Jawapannya kenalah jadi moderator dalam blog ini..syarat untuk menjadi moderator, korang kenalah ada akaun blogger.Kalau tak tahu cara nak buat akaun, boleh download dekat Share Box di sebelah.

Cara untuk mendaftar ahli,anda hanya perlu meninggalkan e-mail di ruang comment (kalau ada alamat blog,tinggalkan sekali bagi membolehkan aku buat hyperlink ke blog korang dan blog korang mudah di jejaki oleh blogger UPSI lain) .Kemudian aku akan hantar email kepada korang, dan sila approved untuk menjadi ‘moderator’ di ruang ini.Setelah itu, sila check nama korang di ruang senarai ahli berdaftar (blog UPSI blogger ni) .Jika nama anda tersenarai, bermaksud anda telah Berjaya menjadi ahli di blog ini.


Syarat untuk mendaftar ahli:
1)Pernah belajar atau sedang belajar di UPSI. ( staff pun boleh gak klo nak join ;p )
2)Memiliki akaun blogger
3)kalau korang takde akaun blogger, bagi laman blog korang bg aku boleh buat link utk korang.


Setelah menjadi ahli, anda boleh menulis dan meninggalkan pos di ruang ini.Jadikanlah blog ini sebagai medium untuk kita berinteraksi dan saling mengenali antara ahli satu sama lain.

0 comments: